Dakwaan makanan tidak sedap ceriakan Dewan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Dakwaan seorang Ahli Parlimen bahawa makanan di bandaraya Kula Lumpur ‘tidak sedap’ menceriakan suasana persidangan Dewan Rakyat yang agak muram petang ini.
Datuk Mohamad Abdul Aziz (BN-Sri Gading) menyuarakan rasa terkilan dan tidak puas hatinya dengan kualiti serta harga makanan di sekitar ibu kota yang disifatkannya tidak mengikut citarasa yang benar.

Pembangkang cadang usul bincang Ketua Hakim Negara beri rasuah

Hasrat Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bakal menjadi kenyataan.
Isu ini timbul apabila Ketua Hakim Negara pernah membuat kenyataan terbuka berkenaan beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah sewaktu beliau menjadi peguam.

BPR siasat Exco NS

Sogok Ketua Puteri Umno bahagian RM500
Seorang Ahli Exco Negeri Sembilan disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan menyogok Ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 pada pemilihan jawatan tertinggi bahagian itu, bulan lalu.
Ahli Exco itu juga dikatakan memaksa Ketua Puteri berkenaan menandatangani surat perakuan palsu yang mendakwa pencabarnya terbabit dalam politik wang.

Dr M diminta jangan dedah nama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menimbang semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama ahli Umno yang terbabit dengan politik wang kerana ia boleh memberikan implikasi besar kepada parti.
Malah, tindakan itu juga boleh menyebabkan ada pihak teraniaya berikutan tiada siasatan dijalankan berhubung senarai nama itu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad khaled [...]

Himpunan Mansuhkan ISA kecoh, Mohamad Sabu dan Salahuddin antara 9 ditahan

Polis bertindak menghentikan Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.
Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi [...]

Kaukus MP Wanita gesa 30 peratus jawatan sektor awam disegerakan

Kaukus ahli Parlimen Wanita menggesa kuota 30 peratus jawatan tertinggi bagi kaum wanita dalam sektor awam dan swasta dilaksanakan dengan segera.
Pengerusinya Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) ketika mengumumkan penubuhan kaukus berkenaan berkata perkara tersebut menjadi salah satu agenda yang akan diberi tumpuan dalam memperjuangkan hak kaum wanita.
“Kita akan berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia bgai membincangkan mengenai [...]

Noh: Kenaikan Tambang Bas Tahun Depan Tidak Dapat Dielak

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Kenaikan tambang bas ekspres awal tahun depan mungkin tidak boleh dielakkan walaupun harga minyak turun, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.
Beliau berkata kenaikan atau penurunan harga minyak tidak ada kaitan dengan tambang kenderaan awam sebaliknya kos operasi yang semakin meningkat merupakan faktor penentu yang utama.
Noh berkata tuntutan [...]

Dewan Rakyat: Nasib Nazri diketahui minggu depan

KEPUTUSAN sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat kenyataan tidak benar dalam dewan akan dibuat minggu depan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata walaupun keputusan sepatutnya diumumkan semalam, ia tidak dapat dilakukan kerana Nazri tidak menghadiri persidangan [...]

Peruntukan RM128.2 juta perkasa belia Felda: Najib

Pelbagai program untuk kemahiran diperkenal pada 2009
PUTRAJAYA, 18 Nov – Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan RM128.2 juta tahun depan bagi pelbagai program bertujuan memperkasakan belia Felda, termasuk melatih mereka membaiki pesawat terbesar di dunia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak RM35 juta adalah untuk latihan kemahiran kepada 5,000 belia Felda dalam pelbagai bidang, termasuk 300 [...]

Menteri diminta perjelas konsesi lebuh raya

PUTRAJAYA, 18 Nov – Datuk Seri Najib Razak akan meminta Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed memberi penjelasan mengenai cadangan kerajaan tidak mengklasifikasikan perjanjian konsesi lebuh raya sebagai perkara sulit dan rahsia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet sudah beberapa kali mengadakan perbincangan mengenai kandungan perjanjian konsesi lebuh raya sebelum ini.
“Saya akan meminta Menteri Kerjaraya membuat kenyataan [...]