Posted on Mac 31, 2009 by Pelapor
Kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM286.38 juta bayaran pampasan kepada syarikat konsesi akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun bagi lima lebuh raya baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.
“Akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun, mengikut terma-terma dalam perjanjian konsesi, kerajaan terpaksa menanggung sejumlah bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terbabit,” katanya [...]
Difailkan dalam: Dewan Negara | Leave a Comment »
Posted on Mac 31, 2009 by Pelapor
Kerajaan tidak bercadang mewujudkan Mahkamah Perlembagaan memandangkan terdapat peruntukan memadai yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi mengendalikan sesuatu kes yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, semua Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa kes berkaitan tafsiran Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan negeri-negeri.
Menurutnya, Mahkamah Tinggi [...]
Difailkan dalam: Dewan Negara | 1 Komen »
Posted on Mac 31, 2009 by Pelapor
Posted on Mac 31, 2009 by Pelapor
Calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau “tidak merampas” kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.
“Saya dijemput oleh [...]
Difailkan dalam: Sinar harian | Leave a Comment »
Posted on Mac 30, 2009 by Pelapor
1. Terkini dari Bukit Gantang.
2. Dendam Bukit Gantang dari MSO blog.
3. Bukit Gantang: Kuasa rakyat atau kaki langgar undang-undang? dari penarikbeca
4. Lagi gambar dan lagi sekitar penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang.
5. Lintas langsung dari Bukit Gantang – Harakahdaily.
Difailkan dalam: Pilihanraya Kecil | Leave a Comment »
Posted on Mac 19, 2009 by Pelapor
10 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah jawapan Menteri Di jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Menteri, dengar baik-baik ya apa yang saya nyatakan sekarang ini. [Ketawa] Di antara undang-undang yang boleh dikuatkuasakan mengenai privacy adalah the Minor Offences Act 1955 dan peruntukan mengenai hukuman dalam undang-undang itu adalah [...]
Difailkan dalam: AHli Parlimen DAP | Leave a Comment »
Posted on Mac 15, 2009 by Pelapor
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
“Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak [...]
Difailkan dalam: MStar | Leave a Comment »
Posted on Mac 12, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pangagihan projek kementerian itu.
Ini berikutan serbuan pegawai SPRM ke pejabat Kementerian Pelancongan di Tingkat 36, Menara Dato’ Onn di sini semalam. SPRM merampas sejumlah dokumen dan menyoal siasat [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Mac 12, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan tiga syarat untuk pembangkang bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerjasama boleh diadakan jika kerajaan bersedia mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan penswastaan bekalan air.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh [...]
Difailkan dalam: Ketua Pembangkang | Leave a Comment »
Posted on Mac 4, 2009 by Pelapor
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN di bawah pokok di Ipoh hari ini.
Beliau juga menganggap persidangan itu sebagai sah kerana anggota berkenaan dihalang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri.
“Mengetahui yang persidangan itu akan diadakan, mereka (pihak [...]
Difailkan dalam: MStar | 1 Komen »