• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pentadbiran Istana Kelantan dirombak

KOTA BHARU: Pejabat Istana Kelantan melakukan rombakan dalam usaha memantapkan pentadbirannya di bawah pemerintahan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V.

Menerusi rombakan terbabit, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dilantik sebagai Ketua Istiadat Istana Kelantan, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Datuk Ahmad Mahmud dilantik mengisi jawatan Pengelola Istana Diraja berkuat kuasa tarikh sama. Jurucakap Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan berkata, jawatan YDP MPKB akan diisi oleh Setiausaha MPKB, Nazran Mohamed, yang dinaikkan pangkat.

 “Rombakan kecil yang dilakukan ini adalah bagi memantapkan pentadbiran Istana Kelantan di bawah pemerintahan Sultan Muhammad ke-V yang dimasyhurkan pada 13 September lalu.

“Ketika ini, jawatan Ketua Istiadat Istana Kelantan mengalami kekosongan, berikutan itu kedudukan terbabit diisi oleh Abdul Halim yang kontraknya sebagai Pengelola Istana berakhir Mac depan,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, selain itu Istana Kelantan juga melantik seorang pegawai perhubungan awam yang khusus bagi mengendalikan semua urusan dan perhubungan dengan media massa dan orang ramai . – Berita Harian 30 Disember 2010

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: