Pakatan mahu SPR batal larangan pondok panas

Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.
“Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan [...]

“Beliau diundang oleh Imam Masjid simpang untuk berucap”, Kata Nizar

Calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau “tidak merampas” kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.
“Saya dijemput oleh [...]

Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan agama lain

Dimaksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan
KOTA BHARU – Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan oleh masyarakat agama lain kerana di zaman jahiliah mereka menggunakan perkataan itu yang di maksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu [...]

Anwar kecam sikap biadap

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadap dan ganas yang dilakukan Pemuda Umno terhadap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Pintu lif Blok Utara (Menara), perkarangan Banguna Parlimen semalam.
Beliau berkata adalah tidak wajar menjadikan keganasan dengan mengugut Ahli Parlimen kerana sebagai satu permulaan dikhuatiri budaya tersebut akan berkembang jika tidak [...]