Sultan tiada hak singkir MB

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar memandangkan beliau memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda.
Sebaliknya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurutnya, ini jelas terkandung [...]

Pemimpin Berwatak Malaysia

“SAYA akan ukur baju dulu,” itulah yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, SALAHUDDIN AYUB ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan Pas pada Jun ini.
Bagi beliau perjuangan mempersadakan Pemuda Pas yang kini tidak lagi dilihat satu kelompok asing yang jumud dan ekstrem serta hanya menjadi pendesak [...]

MP BN kesal Menteri dan Timbalan Menteri tidak ikuti Perbahasan Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran wakil kerajaan pada sidang Dewan Rakyat apabila hanya seorang timbalan menteri yang mengikuti sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan ketidakhadiran menteri-menteri Kabinet kesal melihat keadaan itu yang seolah-olah [...]

Pembangkang keluar Dewan bantah tiada ruang penjelasan

Semua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Wakil pembangkang mula bangun membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau [...]

Pelancongan: Negeri pembangkang tidak dipinggir

Kementerian Pelancongan tidak pernah meminggirkan Kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan industri pelancongannya walaupun kini diperintah parti lawan.
Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menafikan bahawa beliau tidak pernah berhubung dengan Exco Pelancongan negeri Selangor bagi membincangkan isu-isu pelancongan di negeri tersebut.
”Yang Berhormat Shah Alam sentiasa memberi kenyataan berdasarkan sentimen politik, contohnya di negeri Selangor, ada [...]

MMC-Gamuda laksana projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar

Projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar yang bernilai RM12.485 bilion telah diberikan kepada MMC- Gamuda JV melalui cara rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.
”Projek ini adalah secara rundingan terus dan telah mengambil kira aspek kepakaran yang ada pada syarikat-syarikat yang telah menawarkan untuk melaksanakan projek-projek ini,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin.
Beliau berkata [...]