Posted on Disember 9, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyuarakan sokongan terhadap Palestin walaupun isu Palestin tidak mendapat perhatian negara besar, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau berkata, pendirian itu memang jelas dan tidak berubah, dan Malaysia tidak gentar untuk menyuarakan pandangan itu di mana saja termasuk di forum negara Islam mahupun persidangan Pertubuhan [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 9, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa vaksin bagi merawat dan mencegah penyakit Influenza A (H1N1) adalah selamat digunakan walaupun mempunyai kesan sampingan seperti demam, ruam dan rasa sakit di bahagian badan yang disuntik.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kes berhubung kesan sampingan seperti yang dilaporkan berlaku di Kanada baru-baru ini [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 9, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pas Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata membawa isu tuntutan itu ke mahkamah adalah langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar, Datuk [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 9, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Pemansuhan permit import (AP) gula dan beras akan mengakibatkan harga barangan pengguna itu terdedah kepada spekulasi dan fenomena turun naik harga di pasaran antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan, berkata sehubungan itu, kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pemberian AP bagi barangan [...]
Difailkan dalam: Berita Harian, Dewan Rakyat | Leave a Comment »
Posted on Disember 9, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini meminta Menteri dan Timbalan Menteri agar menjawab soalan dengan baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Perkara itu dibangkitkan apabila Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang mempersoalkan jawapan siapa yang boleh dipercayai apabila beliau dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menerima jawapan berbeza mengenai sama ada [...]
Difailkan dalam: Berita Harian, Dewan Rakyat | Leave a Comment »
Posted on Disember 1, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 1, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibabitkan bagi menyiasat isu pemindahan hak milik tanah di Kampung Jalan Papan dan Kampung Bukit Kerayong, Pandamaran, Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata hasil perbincangannya dengan jawatankuasa penduduk dari kedua-dua kampung itu, beliau mendapati terdapat unsur penyalahgunaan kuasa dalam proses perpindahan [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 1, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu pembelian empat tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang dianggap lapuk dengan harga RM30 juta bagi mengesan individu yang melakukan penyelewengan dalam urusan berkenaan.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, pembelian DMU terpakai dari Sepanyol berusia 20 [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 1, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Sehingga kini Malaysia dan Indonesia masih mengguna pakai perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 13 Mei 2006, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata berdasarkan perjanjian itu penetapan gaji pembantu rumah ditentukan melalui persetujuan di antara majikan dan pembantu rumah berkenaan yang [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »
Posted on Disember 1, 2009 by Pelapor
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sehingga Jun tahun ini, ada 10,248 orang dalam negara yang mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung, berkata daripada jumlah itu 8,132 orang adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2,116 orang lagi dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). [...]
Difailkan dalam: Berita Harian | Leave a Comment »