Pandangan Pensyarah Akademik mengenai PAS

Pertambahan mendadak golongan profesional galakkan parti jadi kuda tunggangan DAP – Rencana Berita Minggu 24 Mei 2009.
Soal Jawab bersama Prof Mad Dr A Nidzamuddin Sulaiman, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Soalan: Menjelang pemilihan Pas, timbul perdebatan siapa yang patut dipilih sama ada calon mewakili ulama atau profesional. Pada ketika ini ramai mengatakan ahli [...]

Enam Tahanan ISA Dibebaskan

Enam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI), dibebaskan baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Beliau berkata mereka dibebaskan kerana didapati tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Penamaan Calon 6 Januari Dan Pilihan Raya 17 Januari Bagi Kerusi Kuala Terengganu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Januari tahun depan dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 17 Januari.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh writ dan notis ditetapkan dikeluarkan pada 7 dan 21 Dis ini.

Dewan Negara: 2 Senator dilantik semula

Dua senator yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.
Mereka ialah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak yang juga seorang peguam, Datuk Idris Buang dan Exco Wanita Umno Wan Hazani Wan Mohd Nor.

Mukhriz: Pertahan cadangan sekolah satu aliran

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya berhubung cadanagn supaya diwujudkan hanya satu sistem pendidiakn di negra ini.
Mempertahankan cadangannya itu, Mukhriz berkata, beliau tidak merasakan apa yang dikatakan itu salah kerana ia hanya satu cadangan yang bertujuan untuk merpatkan perpaduan antara kaum di negara ini.

PPSMI diteruskan sesi tahun depan

Peperiksaan dua mata pelajaran kekal dua bahasa

Pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan pada sesi persekolahan tahun depan, termasuk membabitkan murid Tahun Satu.
Selain itu, peperiksaan kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan turut dijadualkan masih dalam dua bahasa seperti pelaksanaan sedia [...]

Bincang warta fatwa haram rokok

Menteri minta pandangan pakar Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen
Kementerian Kesihatan akan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang arif mengenai agama Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera.
Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata perbincangan dengan pakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjut kenapa sehingga kini fatwa yang dibuat pada [...]

Kajian tanah runtuh siap tiga bulan

Laporan lengkap mengenai runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Ulu Yam Perdana awal pagi kelmarin di jangka siap dalam tempoh tiga bulan, selepas siasatan forensik dijalankan.
Jurucakap Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika dihubungi Bernama semalam berkata, pihaknya sudah melawat tapak kejadian semalam untuk mendapat gambaran awal mengenai punca kejadian.

PKR alu-alukan pendirian PPP

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan pendirian Parti Progresif Penduduk (PPP) apabila memilih keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Batu memerangkap Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, pengumuman tersebut tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sekiranya berlaku [...]

Krisis ekonomi punca banyak jenayah dikaji

Hasil kajian menyeluruh diketahui awal tahun depan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin tidak menolak kemungkinan kesan krisis ekonomi global antara penyebab meningkatnya jenayah di Malaysia tahun ini.
Namun, beliau berkata, ia bukan faktor utama.
“Saya tidak nafikan antara perilaku jenayah disumbangkan daripada tekanan ekonomi seperti kesempitan wang dan keperluan hidup, namun jenayah hanya [...]