• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Doa Tok Guru

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Doa pohon keselamatan dan kemenangan Islam.

(hendaklah selalu membacanya dan sebaik-baiknya membaca selepas solat 5 waktu).

pengertian doa.

wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami.

dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

wahai Tuhai samada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.

11 Respons

  1. Orang melayu boleh hidup senang dengan hanya berdoa saja …….

  2. Salam buat semua………………

    Semoga Allah mencurahkan Rahmatnya buat kita semua terutama para pemimpin Islam kita yang kian Alpa.

    Apa nak jadi dengan kita semua….. tidakkah kita merasa gentar dan takut akan kemurkaan Allah S.A.W? Sudahlah patung sebesar-besar alam kita benarkan dibena di Bt.Caves (subhanallah janganlah kita dilaknat Allah), ini pula timbul kes terbaru permohonan Lina Joy (Azlina Johari) dan Dato’ Azhar Mansor yang membuat permohonan murtad telah diluluskan (menang dimahkamah). ‘Pertubuhan Melayu Kristian’ (IFC) telah diluluskan.
    Allah Huakbar, Allah Maha Besar.

    Betapa pemimpin kita telah semakin kalut dan menjadi takut lalu terlampau jahil untuk menilai, lantas mengambil sebarag tindakan dan hukuman setimpal keatas semua kekurangan dan kepincangan ini. Soalnya mengapa kita semua jadi begini? Tidak takutkah dengan hukuman dan balasan Allah keatas kita semua nanti lantaran kealpaan dan kelemahan kita sendiri?
    Subhanallah Allah Maha Besar lagi Kaya. Kenapa jadi begini wahai pemimpin ISLAM SEMUA?

    Kembalilah keazali kita…. bukalah mata, bukalah minda, dimana kewajipan kita sebagai penegak agama dibumi Allah ini? Janganlah kita terlampau leka dengan kekayaan, kemewahan, pangkat yang sementara, tetapi kewajipan besar kita terhadap Allah sebagai ‘Khalifah” penegak dan pejuang agama, kita sisihkan. Andai dilaknat dan dimurkai Allah kalianlah (pemimpin besar) yang akan disoal terlebih dahulu di ‘Padang Mahsyar’ kelak. Hebatkah kita menerima azab kubur? tertahankah kita berdiri kehausan dan kepanasan di Padang Mahsyar nanti? selesakah kita meniti 3 ribu tahun perjalanan Titian Siratulmustakim nanti? tertahankah kita menahan api nuraka jahannam sehingga jasad menjadi debu?

    Kembalilah wahai pemimpin ku. Masih belum terlambat untuk kita semua melihat dan memperbetulkan segala kemurkaan ini. Demi Allah……… andai kami yang disoal disana nanti, kalianlah yang bakal kami persalahkan, kerna ada apa pada kami? hanya manusia kecil cuma mampu bersuara tapi tidak mampu melaksana melainkan kalian pemimpin besar Jaksa segala. Kami tetap dibelakang kalian andai lurus jalan yang benar…. kami sisih kalian andai melencong laluan ‘Pemimpin Besar’. Kembalilah laksanakan mulai hari ini, jangan bertangguh dan jangan takut demi menegakkan agama Allah, ingat ‘Kunfayakun’……. kalau aku katakan jadi…jadilah ia. Nafas kita akan terhenti bila-bila masa. Demi kita dan generasi mendatang bantulah agama Allah ini…… Kewajiban kami telah kami laksanakan dan kami menuntut kewajiban kamu ‘Pemimpin Besar’. Kembalilah kita semua kejalan Allah…. marilah kita tegakkan kembali segala yang telah condong.

    Moga kita semua dirahmati dan dilindungi dari Kemurkaan Allah.

    “Astarfirullah hallazim, allazi laillahhaillah huwalhaiyulkaiyum muatubuilai”.

    http://www.myIslamnetwork.net
    BANTAHAN!!!!!! 1juta petisyen IFC akan dibubarkan.

    Sebarkan wahai hamba Allah.

  3. semoga tuk guru sentiasa di rahmati allah s.w.t amin

  4. doa adalah senjata mukmin…. orang yang tak percaya pada doa adalah orang yang sombong dengan penciptanya…

    doa adalah konsep attunment… Doa adalah affirmation…setiap kata-kata yang didoakan akan masuk dalam minda separa sedar lalu apabila ia menjadi tebal…. ianya akan ditukar menjadi tabiat dan seterusnya menjadi tindakan.

    Doa adalah aura bagi mukmin… kata-kata yang diucapkan akan menukar molekul air dalam badan dan molekul air sekeliling lalu membina tenaga kekuatan diri…..
    Sebab itu prof dr. masaru emotopun yakin dengan konsep ini….

    Betapa indahnya doa yang diajarkan oleh Allah dan RAsulullah

  5. Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Ilahi

  6. Ya Allah lindungilah Tok Guru…
    Panjangkanlah umurnya..
    AMIN…

  7. asslamualaikum
    sy teringin sngt nk tahu dialog sebenar tok guru berkaitan dgn isu “‘Doa’ Nik Aziz dikecam” dlm berita harian http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20091128230204/Article
    bleh x sape2 berikan link mne2 website yg sy bleh bace tau pn bleh dgr dialog sebenar tokguru yg tlah d kontroversikan oleh pihak media.
    terima kasih

  8. Alhamdulilah,sentiasalah kita berdoa kepada Allah SWT

  9. ya,allah selamatkan lah kelantan,kekalkanlah negeri kelantan dengan pemerintahan tok guru,panjangkanlah umur tok guru kami,berilah kesihatan yang baik kpada beliau dan lndungilah beliau dr perbuatan jahat serta musuh2 islam

  10. Ya Allah….lindungi kami semua dari kemurkaanMU,
    Selamatkanlah tanah air kami negeri kelantan dari segala kemaksiatan….lindungi dan panjangkanlah umur Tok Guru kami..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: