• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dr M diminta henti beri pandangan negatif

oleh Azman Zakaria dan Nurfatimah Ahmad
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan parti.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu berhenti daripada memberi pandangan negatif berhubung parti jika beliau ikhlas hendak memperbetulkan parti.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir bahawa tiga pesaing selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac tahun depan, sebagai ‘pak lawak’ tidak sewajarnya dibuat.

“Hentikan pandangan negatif jika Dr Mahathir benar-benar serius dan ikhlas hendak perbetulkan parti,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang melabel beliau sebagai pak lawak kerana menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.

Selain Nur Jazlan, dua lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan disifatkan Dr Mahathir sebagai ‘pak lawak’ ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Rabu lalu, ketika mengulas mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepemimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata.

Nur Jazlan juga berkata, meskipun apa yang dinyatakan Dr Mahathir itu adalah pandangan peribadinya, beliau berharap ia tidak menghina orang muda kerana apa yang hendak dibawanya adalah untuk meremajakan Umno.

Sementara itu, Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas panjang berhubung kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya berkata, perkara itu harus diserahkan kepada perwakilan untuk membuat pemilihan dan penilaian.

Beliau berkata, pengalamannya sebagai pemimpin Umno, termasuk sumbangannya selama ini serta kedudukan sebagai seorang daripada Naib Presiden parti akan digunakan untuk terus berkhidmat dan berjuang.

Muhammad pula ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir itu juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilai kemampuannya memikul tanggung jawab berkenaan. – Berita Harian 11 Oktober 2008

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: