• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dakwaan makanan tidak sedap ceriakan Dewan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Dakwaan seorang Ahli Parlimen bahawa makanan di bandaraya Kula Lumpur ‘tidak sedap’ menceriakan suasana persidangan Dewan Rakyat yang agak muram petang ini.

Datuk Mohamad Abdul Aziz (BN-Sri Gading) menyuarakan rasa terkilan dan tidak puas hatinya dengan kualiti serta harga makanan di sekitar ibu kota yang disifatkannya tidak mengikut citarasa yang benar.

Teruskan membaca

Pembangkang cadang usul bincang Ketua Hakim Negara beri rasuah

Hasrat Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bakal menjadi kenyataan.

Isu ini timbul apabila Ketua Hakim Negara pernah membuat kenyataan terbuka berkenaan beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah sewaktu beliau menjadi peguam.

Teruskan membaca

BPR siasat Exco NS

Sogok Ketua Puteri Umno bahagian RM500

Seorang Ahli Exco Negeri Sembilan disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan menyogok Ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 pada pemilihan jawatan tertinggi bahagian itu, bulan lalu.

Ahli Exco itu juga dikatakan memaksa Ketua Puteri berkenaan menandatangani surat perakuan palsu yang mendakwa pencabarnya terbabit dalam politik wang.

Teruskan membaca

Dr M diminta jangan dedah nama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menimbang semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama ahli Umno yang terbabit dengan politik wang kerana ia boleh memberikan implikasi besar kepada parti.

Malah, tindakan itu juga boleh menyebabkan ada pihak teraniaya berikutan tiada siasatan dijalankan berhubung senarai nama itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad khaled Nordin, berkata senarai nama itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima oleh Dr Mahathir dan tidak berdasarkan siasatan rapi bagi membuktikan kebenaran aduan berkenaan.

Teruskan membaca

Himpunan Mansuhkan ISA kecoh, Mohamad Sabu dan Salahuddin antara 9 ditahan

Polis bertindak menghentikan Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Teruskan membaca

Kaukus MP Wanita gesa 30 peratus jawatan sektor awam disegerakan

Kaukus ahli Parlimen Wanita menggesa kuota 30 peratus jawatan tertinggi bagi kaum wanita dalam sektor awam dan swasta dilaksanakan dengan segera.

Pengerusinya Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) ketika mengumumkan penubuhan kaukus berkenaan berkata perkara tersebut menjadi salah satu agenda yang akan diberi tumpuan dalam memperjuangkan hak kaum wanita.

“Kita akan berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia bgai membincangkan mengenai perkara ini.

“Malah tidak ketinggalan kita turut akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat bagi meneliti isu-isu lain yang berkaitan dengan kaum wanita,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelas beliau kaukus berkenaan yang ditubuhkan pada 17 Julai lalu akan mengetengahkan isu-isu utama yang melibatkan wanita termasuk gangguan seksual.

Kaukus berkenaan melibatkan penyertaan kesemua 23 ahli Parlimen wanita dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Malah katanya, kaukus itu turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa di bawahnya yang melibatkan penyertaan ahli Parlimen lelaki.

“Kita juga sebenarnya mencadangkan penglibatan ahli Parlimen lelaki melalui satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kesaksamaan Gender.

“Penglibatan mereka penting bagi turut serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi kaum wanita,” katanya.

Ditanya sama ada penubuhan kaukus berkenaan hanya akan menyebabkan pertambahan jumlah pertubuhan wanita sedia ada, beliau berkata mereka mampu memainkan peranan dengan lebih berkesan memandangkan kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen.

“Kita boleh jalinkan kerjasama dengan mereka, malah kita sebagai kumpulan penggubal undang-undang mampu memainkan peranan yang lebih berkesan di Parlimen.

“Kita juga akan bawa suara mereka ke Parlimen dengan lebih baik pada masa-masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau penyertaan kesemua ahli Parlimen wanita dari kesemua parti-parti politik tanpa menghiraukan fahaman politik membuktikan mereka serius untuk mempertahankan hak-hak kaum wanita.

“Kita bekerjasama tanpa menghiraukan fahaman politik demi memperjuangkan martabat wanita,” katanya. – mstar

Noh: Kenaikan Tambang Bas Tahun Depan Tidak Dapat Dielak

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Kenaikan tambang bas ekspres awal tahun depan mungkin tidak boleh dielakkan walaupun harga minyak turun, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Beliau berkata kenaikan atau penurunan harga minyak tidak ada kaitan dengan tambang kenderaan awam sebaliknya kos operasi yang semakin meningkat merupakan faktor penentu yang utama.

Noh berkata tuntutan yang dibuat oleh pengusaha bas untuk menaikkan tambang bukan semata-mata kerana kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kenaikan harga kos operasi mereka seperti harga bateri, tayar dan insurans.

“Semua ini kita akan ambil kira dan kita rasa awal tahun depan kemungkinan besar kenaikan harga tambang ini kita tidak boleh elakkan walaupun harga minyak turun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan harga tambang bas ekspres memandangkan harga minyak telah turun.

Noh berkata kali terakhir semakan tambang dibuat ialah pada 2005 dan sudah sampai masanya untuk pertimbangan dilakukan terhadap permohonan pengusaha bas berkenaan.

Kepada soalan asal Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh), beliau berkata pada masa ini terdapat sembilan syarikat bas ekspres yang beroperasi bagi laluan Kota Baharu-Kuala Lumpur dan ia melibatkan 157 bas.

Noh berkata bilangan perjalanan bas akan ditetapkan berdasarkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu tetapi lazimnya sebuah bas ekspres akan melakukan 30 perjalanan seminggu.

“Ketika bilangan penumpang tidak ramai, pengusaha akan mengurangkannya bagi menjimatkan kos,” katanya.

Berhubung saman terhadap pemandu bas, Noh berkata berdasarkan rekod saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis, sejumlah 8,067 saman telah dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan sehingga Ogos tahun ini. -Bernama, 19 Nov.