• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

HDC jalin kerjasama banteras seleweng tipu sijil halal

Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) kini giat menjalankan penguatkuasaan terhadap penyelewengan persijilan yang dikeluarkan dengan mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, jalinan kerjasama yang cukup kuat itu bertujuan membanteras segala aktiviti tidak bertanggungjawab berkaitan penipuan persijilan dan logo yang dikeluarkan HDC.

Menurutnya, setiap sijil mempunyai tempoh sah selama tiga tahun dan sepanjang tempoh itu, HDC akan mengadakan pemantauan secara berkala dan bertindak sekiranya menerima aduan.

”Kita akan kerap melakukan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti seumpama ini tidak berlaku pada masa depan.

“Kerjasama ini dilihat cukup kuat untuk membanteras penyelewengan ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas- Kota Raja) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) mengenai undang- undang khusus berkaitan penguatkuasaan halal, Mashitah berkata, kerajaan kini sedang mendrafkan satu akta halal bagi menjadikan HDC sebagai badan berkanun.

Mashitah berkata, akta itu kini dalam peringkat semakan dan akan dikemukakan di Parlimen apabila ia selesai sepenuhnya.

Dalam perkembangan berkaitan, sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 637 permohonan persijilan halal telah diluluskan iaitu 627 di peringkat domestik dan 10 di peringkat antarabangsa. – Utusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: