• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

MMC-Gamuda laksana projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar

Projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar yang bernilai RM12.485 bilion telah diberikan kepada MMC- Gamuda JV melalui cara rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

”Projek ini adalah secara rundingan terus dan telah mengambil kira aspek kepakaran yang ada pada syarikat-syarikat yang telah menawarkan untuk melaksanakan projek-projek ini,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai cara projek tersebut diberikan kepada MMC-Gamuda, pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lajim berkata, cara rundingan terus adalah lebih baik kerana projek itu besar dan memerlukan kepakaran untuk membolehkan kerja-kerja berkenaan dibuat dengan sempurna dan dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu merangkumi tempoh lima tahun mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Projek itu dilaksanakan secara ‘reka dan bina’, dan skop kontrak meliputi perancangan, reka bentuk, pelaksanaan projek, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaran. – Utusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: