• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dewan Rakyat ‘panas’ sebelah pagi kembali tenang selepas ditangguh hampir sejam

Dewan Rakyat yang panas semula pagi tadi susulan kekecohan semalam, kembali ‘tenang’ apabila ia mula bersidang semula pukul 2.35 petang.

Dewan Rakyat kelihatan tenang dengan penjelasan yang diberikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar menjelaskan, apa yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak petang semalam tidak termasuk dalam Bajet 2009, yang dibahaskan di peringkat dasar sejak dua minggu lalu.

Perbahasan peringkat jawatankuasa bermula kira-kira 3 petang selepas penjelasan beliau itu.

Speaker mengambil masa kira-kira 25 minit untuk memberi penjelasan.

“Setahu saya (peruntukan) RM7 bilion yang disebut itu adalah langkah yang akan dibuat oleh kerajaan jika perlu untuk menangani masalah ekonomi, yang melanda dunia dan dijangka melanda Malaysia,” katanya.

PENJELASAN SPEAKER
Pandikar juga menjelaskan bahawa sumber RM7 bilion itu adalah hasil daripada penjimatan subsidi minyak.

“Saya dapati bahawa tidak ada unsur-unsur pelanggaran peraturan mesyuarat seperti yang dibangkitkan.

“Oleh itu, usul Menteri Kewangan mengenai anggaran pembangunan dan maksud-maksud yang dijadualkan adalah teratur,” katanya.

Terdahulu pada sebelah pagi, ketegangan dan suasana panas di Dewan Rakyat berterusan sehingga memaksa Timbalan Speaker menangguhkan sidang sehingga petang ini.

Beliau berkata, Speaker akan mempengerusikan mesyuarat pada sesi petang bagi menjelaskan mengenai Bajet 2009 yang dibentangkan sebelum ini serta sumber kewangan sebanyak RM7 bilion selepas mendapat penjelasan daripada Kementerian Kewangan.

Terdahulu, anggota pembangkang mendakwa mereka keliru dengan angka yang diumumkan Najib semalam dengan angka yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos lepas.

Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar

TEGANG
Situasi tegang itu bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun untuk membahaskan rang undang-undang itu pada peringkat jawatankuasa, mempersoalkan mengenai pakej bernilai RM7 bilion itu tidak terkandung di dalam Bajet 2009.

“Sebelum peringkat jawatankuasa adakah ruling atau nasihat mengenai beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri terhadap suntikan RM7 bilion kepada Bajet 2009.

“Ini luar biasa kerana cadangan yang dibuat tidak ada dalam Bajet 2009 (yang dibentangkan) Menteri Kewangan dahulu (Abdullah). Setiap sen perlu diluluskan di Parlimen tetapi perkara ini tidak dibawa ke hadapan kita,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) kemudian mencelah dan meminta pertimbangan Dewan supaya angka yang diumumkan semalam itu diedar kepada anggota Parlimen untuk dibahaskan.

Wan Junaidi menjawab dengan menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberi arahan kepada manamana pihak untuk menarik balik apa yang sudah diumumkan.

“Ucapan oleh Menteri Kewangan (Najib) telah dihabiskan dan ditamatkan semalam, malang sekali barisan pembangkang telah keluar Dewan, saya juga terikat dengan keputusan yang telah dibuat semalam iaitu perkara telah dibaca, dibentang, jadi dalam keadaan sedemikian saya tidak boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak kerajaan untuk menarik balik apa saja yang disebut pihak kerajaan.

Jawapan Wan Junaidi itu bagaimanapun tidak diterima oleh anggota Parlimen pembangkang yang kemudian mendesak supaya persidangan ditangguhkan sementara untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai suntikan RM7 bilion itu.

INSIDEN SEMALAM
Semalam, barisan pembangkang memulaukan ucapan penggulungan sulung Najib mengenai perbahasan Bajet 2009 selepas beliau tidak memberi laluan di peringkat awal untuk mengemukakan soalan.

Mereka bertindak keluar dan tidak masuk semula sehingga Najib habis berucap.

Wakil-wakil pembangkang kembali ke Dewan Rakyat pagi ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi ketika ditemui pemberita berkata, tindakan beliau itu adalah di bawah bidang kuasa Speaker.

“Kalau kita berada dalam keadaan buntu kerana kekecohan yang berlaku dalam Dewan dan kita tidak dapat menenteramkan Dewan, maka kuasa ada pada Speaker untuk menangguhkan perbicangan lanjut dengan pihak-pihak tertentu,” katanya. Kekecohan dan pertikaman lidah bermula sebaik sahaja sesi soal jawab lisan berakhir pukul 11.40 pagi.

KOMEN ANWAR
Dalam pada itu, Anwar pula berkata, tindakan Najib membentangkan ‘bajet baru’ semalam telah melanggar peraturan mesyuarat.”Peraturan itu telah dilanggar, langkah pertama Menteri Kewangan baru ialah melanggar peraturan serta undang-undang dalam isu belanjawan negara.

“Ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata, mengikut peraturan mesyuarat notis dua hari perlu diberikan jika sebarang pindaan hendak dibuat dalam bajet yang dibentangkan sebelum ini.

“Ikut pengalaman saya perlu ada usul diedarkan untuk makluman ahli-ahli Parlimen,” katanya. – mstar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: