• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pelancongan: Negeri pembangkang tidak dipinggir

Kementerian Pelancongan tidak pernah meminggirkan Kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan industri pelancongannya walaupun kini diperintah parti lawan.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menafikan bahawa beliau tidak pernah berhubung dengan Exco Pelancongan negeri Selangor bagi membincangkan isu-isu pelancongan di negeri tersebut.

”Yang Berhormat Shah Alam sentiasa memberi kenyataan berdasarkan sentimen politik, contohnya di negeri Selangor, ada perkara yang tidak benar seperti Exco kerajaan Negeri tidak pernah dijemput pada program Kerajaan Persekutuan.

”Dalam lawatan menteri ke Pulau Carey, Exco kerajaan negeri telah dijemput tetapi hadir. Bagaimanapun, pelancaran Zoom Pusat dan lawatan ke Arab Travel Market di Dubai beliau pergi. Jadi, fakta ini tidak begitu tepat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) mengenai tindakan Menteri Pelancongan yang tidak mempunyai hubungan rasmi dengan ahli exco bertanggungjawab untuk membangunkan industri pelancongan di Selangor.

Mengulas mengenai peruntukan, Azalina memberitahu, tidak ada diskriminasi yang berlaku daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kementeriannya juga terpaksa berhadapan dengan potongan peruntukan oleh Kementerian Kewangan untuk perbelanjaan pembangunan pelancongan.

Katanya, tindakan itu juga telah menyebabkan perbelanjaan pembangunan pelancongan di semua negeri termasuk negeri pembangkang terpaksa dikurangkan.

”Kenyataan Yang Berhormat Shah Alam kononnya begitu sensitif kerana kerajaan negeri mempunyai perasaan terluka. Kerajaan BN pun terluka juga tetapi mereka menggunakan akal apabila bercakap berdasarkan fakta,” tegasnya.

Mengenai peruntukan Tahun Melawat Malaysia 2007, beliau berkata, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia adalah sebanyak RM250 juta dengan RM80 juta digunakan untuk tujuan promosi.

Jelas beliau, jumlah ketibaan pelancong asing ialah sebanyak 20.8 juta orang manakala pendapatan pelancongan yang diperoleh sebanyak RM46 bilion. – Utusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: