• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pembangkang keluar Dewan bantah tiada ruang penjelasan

Semua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati kerana tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wakil pembangkang mula bangun membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau mahu menghabiskan pembentangan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009 sebelum memberi ruang untuk penjelasan.

Ekoran tindakan ahli Parlimen yang seringkali bangun untuk membantah termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan mereka agar mematuhi peraturan mesyuarat jika tidak beliau akan meminta mereka meninggalkan Dewan.

Pandikar Amin juga menjelaskan, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa beliau akan memberi ruang kepada ahli Dewan untuk mendapatkan penjelasan selepas Najib membentangkan langkah-langkah tambahan itu dan meminta ahli Parlimen bersabar seketika.

Bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang tidak mengendahkan ingatan itu sebaliknya terus bangun menggunakan peraturan mesyuarat bagi membuat bantahan.

Anwar ketika membantah berkata, adalah sesuatu yang pelik apabila ruang tidak diberikan kepada ahli Parlimen meminta penjelasan ketika Menteri Kewangan membuat penggulungan.

Chua Tian Chang (PKR-Batu) menjadi ahli Parlimen pertama yang diarah berbuat demikian selepas enggan mematuhi arahan Yang Dipertua untuk duduk dan tidak meneruskan bantahan.

Keadaan itu berterusan sehingga mengganggu penggulungan Menteri Kewangan.

Ketika Mohd. Azmin Ali (PKR-Gombak) mengemukakan bantahan, Yang Dipertua sekali lagi mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan.

Malah ketika Timbalan Perdana Menteri memberitahu beliau tidak mahu memberi ruang selagi tidak habis penggulungan dan ia merupakan hak beliau untuk berbuat demikian, ahli Parlimen pembangkang terus membantah.

Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan teguran Yang Dipertua itu kemudian bangun beramai-ramai meninggalkan Dewan. – Utusan

Advertisements

Satu Respons

  1. Assalamualaikum…….
    saya ingin mengadu kepada mp pakatan rakyat bantu lah pemuda seperti kami yang masih terkapai2 mencari pekerjaan yang dapat menjamin masa depn keluarga,masyrakat dan negara.saya sudah hilang keyakinan kpd kerajaan umno/BN yang pandai berjanji tapi tidak menunaikan janji2 mereka.saya berharap sangat mp pakatan usul soalan kpd menteri sumber manusia.Tiap2 tahun sya mengisi borang semasa karnival kerjaya 1 pun tiada panggilan adakah semua itu hanya lakonan semata2.Alagkah baik nya jika saya dapat peluang bekerja di petronas hasil bumi negeri sendiri.Bantu lah saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: