• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Najib tidak ikut peraturan – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM7 bilion kelmarin adalah tidak sah dan melanggar peraturan mesyuarat Parlimen.

Ini kerana katanya, setiap pindaan yang hendak dibuat di Parlimen hendaklah diberitahu dan diberi notis dua hari sebelum usul tersebut dibahas.

“Perkara ini tidak pernah terjadi dalam sejarah Perlembagaan Negara, berdasarkan peraturan mesyuarat Perkara 66(15) disebut pindaan yang dikehendaki hendaklah diberitahu dua hari terlebih dahulu dan ada usul yang diedarkan,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

Jelasnya, ketika ahli-ahli Parlimen dari Pakatan rakyat (PR) meminta maklumat mengenai pembentangan bajet Najib kelmarin, mereka diminta mengikut peraturan mesyuarat sedangkan maklumat yang diedarkan adalah belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri 29 Ogos lepas tetapi anehnya yang diluluskan adalah pembentangan bajet Najib.

“Kalau diluluskan belanjawan Najib, ia telah melanggar peraturan kerana yang diedarkan kepada kami semua adalah belanjawan Abdullah,” jelas Anwar.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan bagaimana seorang berpangkat Timbalan Perdana Menteri boleh melanggar peraturan asas Parlimen dan menegaskan perkara ini tidak seharusnya terjadi.

“Seorang yang berpangkat sedemikian tidak seharusnya melakukan kesalahan ini,” tegasnya.

Beliau juga menegaskan perkara ini telah menyebabkan Parlimen berbahas berjam-jam kerana PR ingin mengetahui secara jelas bajet mana sebenarnya yang telah diluluskan kelmarin.

“Kita mahu tahu mana satu yang diluluskan kelmarin, itu sahaja,” katanya.

Tambah beliau, perkembangan seperti ini amat berbahaya kerana seorang yang berpangkat Timbalan Perdana Menteri tidak menghiraukan peraturan.

“Kita menyaksikan permulaan yang berbahaya bagi Perdana Menteri baru, dia langgar semua peraturan dan undang-undang,” tegasnya.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet tambahan bagi memperkukuhkan ekonomi Negara dalam usaha menangani krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.

Walaubagaimanapun bajet tambahan ini mendapat bantahan keras darpada PR kerana menyifatkan tindakan Najib sebagai melanggar peraturan Parlimen kerana bajet yang sepatutnya diluluskan adalah bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri 29 Ogos lalu tetapi sebaliknya bajet dari Najib yang diluluskan.

Oleh sebab tidak diberikan tidak diberi peluang untuk mencelah hujah najib, ahli-ahli Parlimen dari PR bertindak keluar dari Dewan sebagai tanda protes. – Sinar Harian

Satu Respons

  1. tak adil.. rasanya.. najib tak layak jadi peminpin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: