• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

PAS harap Obama ikut kehendak rakyat

Bakal Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama diharap memenuhi inspirasi rakyatnya yang mahukan dasar keseluruhan negara penjajah itu diubah, demikian diluahkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar.

Katanya, keputusan pilihan raya jelas menunjukkan bentuk kepimpinan yang telah dibawa oleh presiden sekarang iaitu George W. Bush telah ditolak sama sekali oleh rakyatnya sendiri.

“Adalah jelas rakyatnya tidak boleh menerima Amerika dalam regim ketenteraan seperti perang terhadap Iraq dan Afganistan yang telah mengorbankan banyak jiwa yang tidak bersalah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Jelas Mahfuz, Obama seharusnya melakukan tindakan drastik dengan menarik balik tentera yang telah dikerahkan di seluruh dunia termasuk di Negara Iraq dan Afganistan.

Katanya, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi mengembalikan keamanan dan ketenteraman di seluruh dunia.

“Kita juga tidak mahu melihat lagi Amerika bersekongkol dengan Israel selam ini menjadi rakan dlam setiap tindakan ganas khususnya dalam menganiaya penduduk Palestin. Adalah jelas Amerika telah dipergunakan oleh Israel dalam melancarkan permusuhan terhadap Negara Islam itu,” katanya.

Katanya, Obama harus mencari penyelesaian berhubung sengketa yang berlaku di Somalia.

Mahfuz menambah, penyelesaian tersebut tiada kaitan dengan status beliau sebagai kulit hitam.

“Bukan soal dia berkulit hitam, tetapi (Obama) harus peka dengan masalah yang berlaku di negara tersebut dan harus membaiki kesilapan yang dilakukan presiden sebelumnya,” katanya.

Jelas Mahfuz, sedikit sebanyak apa yang berlaku sekarang seharusnya menjadi contoh kepada dunia yang menunjukkan rakyat Amerika tidak mengamalkan politik perkauman sempit dalam sistem pilihan rayanya. – Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: