• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Anwar: Pakatan Rakyat sambut baik pelantikan

KUALA LUMPUR 12 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menyambut baik pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Azizi Mohd Yusof sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Rya (SPR) berkuat kuasa 31 Disember depan.

Katanya, pihak PR selama ini memang mengharapkan seorang tokoh yang betul-betul dianggap bebas umtuk mengendali dan memimpin SPR.

“Kita kenal Tan Sri Abdul Aziz sebagai pegawai pentadbir yang baik dan berwibawa tetapi kita juga tahu bahawa tugas SPR selama ini paling tidak menyenangkan pelbagai pihak dan pertikaikan kebebasan serta ketelusannya.

“Saya menyambut baik pelantikan Tan Sri Abdul Aziz dan berharap beliau akan memikul tanggungjawab itu sebagi pengerusi SPR yang bebas dan adil,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen disini semalam.

Bagaimanapun katanya, pihak Pakatan Rakyat akan menunggu kenyataan awal dan langkah-langkah yang akan dibuat oleh Abdul Aziz sebagai Pengerusi SPR mengambil alih tugas Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang akan tamat tempoh perkhidmatannya apabila mencapai umur 66 tahun, 30 Disember depan.

Mengulas menegnai mesyuarat khas Pakatan Rakyat itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan satu seminar khas dalam tempoh terdekat ini untuk membincangkan beberapa isu-isu semasa.

Katanya, mesyuarat Majlis Menteri Besar yang sebelum ini tertangguh atas sebab pilihan raya kecil Permatang Pauh dan bulan Ramadhan juga akan disegerakan.

Antara lain katanya, masalah-masalah seperti hak asasi manusia, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), perdagangan manusia, integriti kehakiman dan beberapa lagi isu juga dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Masalah-masalah yang dibangkitkan di negeri-negeri juga dibincangakn dan keputusannya akan disampaikan kepada negeri berkenaan,” katanya. -Sinarharian, 12 Nov, N5

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: