• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Mahathir sindir Zaid

SHAH ALAM, 12 Nov – Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nada sinis ‘bersetuju’ dengan kejayaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa bayaran ex-gratia RM5 juta adalah bersesuaian jika dibandingkan dengan pendapatan peguam terkemuka di negara ini yang mencecah RM2 juta setahun.

Mahathir yang mengulas isu ini menerusi blognya, Che Det berkata, pendapatan lumayan itu begitu memberansangkan, malah menganggap beliau ternyata telah memilih karier yang tersalah kerana pendapatan seorang Perdana Menteri hanya RM240,000 setahun.

Menurut beliau, dakwaan bekas Menteri Undang-undang itu tentang pendapatan peguam
terkemuka tentulah diasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai pemilik firma guaman yang mempunyai 100 peguam.

“Saya tidak pernah baca berkenaan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-undang mempertahankan mana-mana penjenayah atau anak guaman dalam mahkamah. Jadi saya tertanya-tanya daripada manakah datangnya pendapatan yang lumayan bagi firma guamannya
dan sudah tentu dirinya sendiri.

“Apakah mengkin pendapatan yang tinggi dan banyak ini datang daripada urusan-urusan
berkaitan dengan kes-kes penswastaan kerajaan dan lain-lain keperluan “conveyancing” kerajaan? Ini sangkaan saya sahaja. Jika tidak benar tunjuk bukti yang ianya benar, “katanya.

Jika benar, kata Mahathir lagi, bekas menteri itu tidak sepatutnya menutup mata pencarian yang lumayan ini kepada peguam Bumiputera yang lain dengan menolak Dasar Ekonomi Baru hanya kerana ingin dikenali sebagai seorang yang liberal. -Sinarharian, 12 Nov, N5

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: