• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Salahuddin: Jelaskan pencen atau pecat

SHAH ALAM, 12 Nov -Pembangkang mendesak kerajaan memberi penjelasan rasmi tentang status bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima bekas hakim kanan yang lain ketika mereka diputuskan bersalah pada waktu itu sama ada mereka layak atau tidak untuk menerima wang pencen selain ex-gratia yang diberikan kepada mereka.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, penjelasan tersebut penting memandangkan terdapat kekeliruan kenyataan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung status kenam-enam bekas hakim tersebut.

Katanya, atas desakan dalam Parlimen, Mohamed Nazri mendedahkan bahawa mereka (bekas hakim tersebut) tidak dipecat sebaliknya deminta bersara awal, tetapi kenyataan tersebut disanggah Dr Mahathir yang menyatakan bahawa mereka sebenarnya dipecat dan bukannya diminta bersara awal.

“Keadaan tersebut telah menimbulkan kekeliruan, memandangkan jika diteliti, apabila seseorang itu dipecat, maka beliau tidak layak untuk menerima pencen tetapi sebaliknya berlaku kepada kesemua bekas hakim tersebut,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian disini semalam.

Menurut Salahuddin lagi, ketelusan pihak kerajaan untuk membuat kenyataan rasmi mengenai hal tersebut amat penting kerana pembayaran ex-gratia tersebut membabitkan wang rakyat yang membayar cukai.

“Jika mereka sememangnya diminta bersara awal, mereka layak untuk menerima wang pencen dan pemberian RM10.5 juta wang ex-gratia itu tidak lagi menjadi persoalan bagi pembangkang”.

Katanya, kerajaan harus memberi kenyataan yang benar sama ada di Parlimen ataupun membuat satu kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut agar rakyat tahu perkara sebenar.

Pembayaran ex-gratia itu dumumkan Perdana Menteri pad April lalu sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman itu dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.

Bekas hakim terlibat selain Salleh ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh. -sinar harian, 12 Nov, N5.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: