• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pengerusi baru SPR digesa lakukan reformasi

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bakal dilantik 31 DIsember ini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melakukan perubahan dan reformasi serta penambahbaikan badan tersebut dalam proses pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa Rasiah berkata, pelantikan Abdul Aziz merupakan satu cabaran besar untuk melihat perubahan dalam SPR memandangkan telah berlaku penyelewengan dalam proses pilihan raya sejak berpuluh tahun lalu khususnya lapan tahun kebelakangan ini.

“Sebelum ini, kita lihat banyak penyelewengan berlaku dan kita mohon Abdul Aziz mengisytiharkan sokongan dan membuat pertimbangan serius terhadap lima tuntutan yang dibuat Bersih iaitu pembersihan menyeluruh daftar pemilihan undi, memansuhkan undi pos, serta melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

“Selain itu, Bersih juga menuntut SPR memastikan semua pihak yang terlibat dengan dalam pihan raya mempunyai akses yang adil kepada media dan tempoh berkempen minimum sesuatu pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari,” ujarnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam.

Menurut Sivarasa, tuntutan tersebut telah diperjuangkan Bersih sejak penubuhannya pada November 2006 dan Bersih akan mengadakan satu rundingan dengan Abdul Aziz dan berharap rundingan tersebut lebih berkesan berbanding rundingan terdahulu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkiefly Ahmad, berharap Pilihan Rya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang merupakan antara pihihan raya yang paling bersejarah dan terpenting kerana Abdul Aziz perlu memberikan komitmen untuk segera melakukan perubahan serta penambahbaikkan seperti yang disarankan.

“Hal ini kerana kita semua sudah sedia maklum mengenai pilihan raya terdahulu di mana mantan pengerusi SPR tidak menunaikan janji yang dibuat sama ada berkaitan dengan penggunaan dakwat kekal ataupun pembersihan daftar pengundi yang akhirnya tiada satu pun tuntutan tersebut dilaksanakan,” ujarnya.

Katanya, Abdul Aziz perlu membuat perancangan awal supaya tiada lagi alasan untuk tidak melaksanakan tuntutan tersebut bagi menjamin ketelusan proses pilihan raya akan datang.

Pendapat Dzulkefly itu disokong Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok yang menjadi menggesa Abdul Aziz mengumumkan langkah-langkah pembaharuan yang akan diambil itu.

“Selepas ini, ramai pengundi ingin mengetahui agenda pembaharuan yang akan dibuat bakal Pengerusi baru SPR tersebut bagi mnejamin kelancaran proses pilihan raya,” jelas Teressa. -Sinarharian, 13 Nov, N7.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: