• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

RM230 juta projek pembaikan kereta api

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Dewan Rakyat menjadi riuh seketika apabila beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mempersoalkan peruntukan sebanyak RM230 juta untuk projek penambahbaikan kereta api di negeri itu seperti yang dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukim ketika sesi soal jawab semalam.

Datuk Seri Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) memberitahu Speaker bahawa sistem pengangkutan kereta api di Sabah adalah yang paling daif dalam negara.

“Kita harap peruntukan RM230 juta itu menjadi kenyataan, jangan janji tinggal janji. Persoalan saya, bilakah sistem pengangkutan kereta api di Sabah ini akan dinaik taraf kerana ia paling daif dalam nagara,” tegasnya di sini semalam.

Namun begitu, Lajim menyangkal dakwaan Abdul Ghapur itu sebagai tidak benar kerana sebanyak 70 peratus menaikan taraf rel daripada Tanjung Ara ke Tenom telah pun siap.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal daripada Dato’ Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) mengenai bilakah Keretapi tanah Melayu (KTMB) akan diserahkan kepada Petronas atau Khazanah Nasional, Lajim berkata kerajaan tiada cadangan untuk menyerahkan KTMB kepada Petronas atau Khazanah Nasional buat masa ini.

“Kita tidak serah kepada Petronas atau Khazanah Nasional sebab kita mahu memberikan perkhidmatan kepada rakyat terutama kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri yang terlibat dengan penggunaan KTMB,” ujarnya. -Sinarharian, 13 Nov, N8.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: