• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Salahuddin: PAS gesa bebaskan Manoharan

SHAH ALAM, 13 Nov – Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub menjelas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M.Monaharan sepatutnya dibebaskan serta-merta daripada tahanan Akta Keselamatan Negeri (ISA).

Menurut Salahuddin, tiada sebab untuk Manoharan ditahan di bawah akta tersebut dan sekiranya beliau bersalah sekalipun, beliau perlulah dibicarakan di mahkamah seadil-adilnya secepat mungkin.

“Kalau betul dia bersalah, mereka perlu membuktikan yang dia bersalah dan itu merupakan kaedah yang terbaik dalam Islam dan secara universal sekalipun,” katanya.

Salahuddin berkata demikian sebagai mengulas kegagalan rayuan ADUn itu untuk kali ketiga agar dibebaskan sejak ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin berkata, jika dilihat perkembangan tahanan ISA terdahulu seperti penulis blog Malaysiakini, Raja Petra Kamaruddin dan Ahli Parlimen Seputeh Teressa Kok, semuanya dibebaskan.

“Sebenarnya mereka (Kerajaan) takut untuk membebaskan beliau kerana untuk kes yang sebelum ini, pesalah ISA semuanya dibebaskan dan untuk kes ini hakim masih berpihak pada kerajaan dan kami akan pastikan malah memberi tekanan kepada mereka supaya beliau dibebaskan.

“Saya percaya untuk rayuan Manoharan seterusnya selepas ini, pasti beliau akan dibebaskan, ” katanya. -Sinarharian, 13 Nov, N10.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: