• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Syor penguat kuasa di Parlimen

Dewan tiada halangan, peraturan larangan merokok wajar dilaksana

DEWAN Rakyat tidak mempunyai sebarang halangan jika ada cadangan menempatkan pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan di Bangunan Parlimen untuk memastikan peraturan larangan merokok dilaksanakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jika merokok perbuatan yang salah, maka peraturan larangan wajar dikuatkuasakan, termasuk sekitar bangunan Parlimen.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai cadangan menempatkan pegawai penguat kuasa kementerian berkenaan di Bangunan Parlimen.

Bangunan Parlimen diwartakan kawasan larangan merokok selaras Peraturan 11 (1) (h) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang jelas menyatakan tiada seorangpun boleh merokok dalam premis kerajaan.

Malah, pada sesi Dewan Rakyat Mei lalu Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) menegur sikap segelintir wakil rakyat yang suka merokok secara terbuka dalam bangunan Parlimen, terutama di kafeteria kerana memberi contoh tidak baik kepada masyarakat.

Berkuat kuasa 29 Oktober lalu, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis itu diisytiharkan kawasan larangan merokok.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Sambil mengakui beliau adalah bekas perokok, Pandikar Amin berkata, kejayaannya berhenti merokok dan keputusan itu bergantung kepada kemahuan serta kesungguhan diri perokok sendiri. –Berita Harian, 13 Nov, m/s 11

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: