• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Enam wakil Pakatan Rakyat anggota Kaukus Integriti dan Kehakiman

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dipilih sebagai Pengerusi Kaukus Integriti dan Kebebasan Institusi Kehakiman yang ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai mengenai badan kehakiman negara.

Enam lagi wakil Pakatan Rakyat yang menganggotai kaukus berkenaan ialah Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau), R. Sivarasa (PKR-Subang), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah), Datuk Ab. Halim Ab. Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) dan Dr. Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar)

Mesyuarat penubuhan kaukus berkenaan dihadiri lebih daripada 30 ahli Parlimen Pakatan Rakyat manakala Barisan Nasional (BN) hanya diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sementara itu, Karpal yang juga Pengerusi DAP ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan berharap lebih ramai ahli Parlimen BN akan menganggotai kaukus berkenaan yang dilihat begitu penting dalam mewujudkan badan kehakiman yang telus dan berkesan.

“Kita mahu kaukus ini mampu memberi satu perubahan kepada badan kehakiman negara ini terutamanya ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kredibiliti hakim,” katanya.

Ditanya reaksinya apabila hanya seorang wakil BN yang hadir beliau berkata: “Hanya Nazri (Datuk Seri Mohamed) yang datang…itu sangat bagus, namun kita harap mesyuarat seterusnya nanti akan dihadiri lebih ramai (wakil BN).”

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memutuskan supaya jawatan timbalan pengerusi akan diisi oleh ahli Parlimen BN yang akan dipilih oleh anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan bahawa tidak ada ahli kelab tersebut yang berminat untuk menyertai Kaukus Integriti dan Kebebasan Institusi Kehakiman yang ditubuhkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

“Kami berterima kasih kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas jemputan menyertai kaukus berkenaan, tapi ingin saya tegaskan bahawa tak ada seorang pun ahli BNBBC yang akan menyertainya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi di Parlimen, di sini.

Menurutnya, BNBBC hanya dimaklumkan mengenai penubuhan kaukus berkenaan pada persidangan sesi petang melalui kenyataan akhbar yang menjemput penglibatan wakil kelab itu bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan pengerusi kaukus berkenaan.

Tinggalkan komen