• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pemecatan hakim: Pembangkang mahu Nazri dihadap Jawatankuasa Hak

Pembangkang tetap mahu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengaku wujudnya kesilapan berhubung isu pemecatan hakim dan bayaran ex-gratia di Dewan Rakyat minggu lalu.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak harus mengambil masa dalam menentukan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada jawatankuasa tersebut.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, berdasarkan Aturan Mesyuarat Parlimen mana-mana anggota yang mengelirukan Dewan Rakyat harus dianggap sebagai telah menghina Dewan Rakyat dan wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Oleh kerana Nazri masih tidak mahu mengalah dan degil ekoran kenyataan terbukanya bahawa beliau tidak akan memohon maaf, jadi saya tiada pilihan kecuali menggesa supaya beliau dirujuk kepada jawatankuasa itu,” kata beliau dalam kenyataanya hari ini.

“Mengelirukan Dewan merupakan perkara yang serius,” katanya.

Kelmarin, Wan Junaidi berkata, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar kepada Dewan akan diketahui minggu hadapan.

Menurut Timbalan Speaker, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.

Pada 6 November, Nazri ketika mengumumkan pembayaran ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Empat hari kemudian Karpal meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Malah kelmarin, Nazir menjelaskan, kesemua enam hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 sebenarnya dipecat dan menerima pencen mereka atas dasar belas kasihan.

Nazri berkata, beliau mengetahui perkara itu selepas menjalankan siasatan sendiri yang mendedahkan mengenai sepucuk surat yang menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong (pada masa itu) telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara dengan meminta kesemua mereka dibayar pencen.

“Saya baru sahaja mendapat surat itu daripada sekretariat Kabinet minggu ini… ia merupakan surat yang kita semua tidak tahu… sekarang saya tahu. Saya ingin nyatakan saya menyesal dengan kenyataan yang berdasarkan fakta bahawa mereka menerima pencen.

“Apabila saya ditanya di Parlimen semasa saya tidak mempunyai fakta sedemikian (sedangkan) saya perlu menjawab segera.

“Saya ingin katakan di sini, bahawa pada masa itu saya beranggapan bahawa para hakim berkenaan tidak dipecat kerana mereka telah menerima pencen sejak 20 tahun lalu, katanya.

Nazri juga melahirkan kekesalan jika kenyataan yang dibuat di Parlimen menimbulkan salah anggapan sambil berkata beliau tidak berniat berbuat demikian.

Karpal berkata, adalah salah bagi Nazri menjelaskan kedudukan yang sebenar di lobi, bukannya dalam Dewan Rakyat.

“Wan Junaidi harus membuat keputusan Isnin ini, dan saya berharap Nazri akan hadir di Dewan apabila keputusan dibuat,” katanya. – mstar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: