• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dewan Rakyat: Nasib Nazri diketahui minggu depan

KEPUTUSAN sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat kenyataan tidak benar dalam dewan akan dibuat minggu depan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata walaupun keputusan sepatutnya diumumkan semalam, ia tidak dapat dilakukan kerana Nazri tidak menghadiri persidangan dewan.

Katanya, Nazri kini mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Uzbekistan, Kyrgystan dan Turkmenistan.

“Saya sudah siap buat penyelidikan tetapi masalahnya menteri (Nazri) berada di luar negara selama satu minggu dan dijangka balik hujung minggu ini,” katanya sejurus selesai sesi soal jawab.

Pada 6 November lalu, ketika mengumumkan pembayaran ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan, Mohamed Nazri berkata mereka bukan dipecat tetapi ditamatkan perkhidmatan.

Pada 10 November, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta Mohamed Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah pembohongan. -beritaharian, 18 No,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: