• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Khalid : Kerajaan diminta kaji kadar bayaran

Shah Alam, 18 Nov – Kerajaan diminta mengkaji semula bayaran tol lebuh raya bagi meringankan beban rakyat berikutan kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang ini.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Abd samad berkata, kerajaan bukan sahaja perlu menilai semula semua bayaran yang dikenakan oleh Plus Expressway Berhad tetapi juga semua syarikat pemegang konsesi lain.

“Kita menyokong langkah pihak berkenaan untuk menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya kerana itu yang kita tuntut selama ini”.

“Ini menunjukkan betapa berkesannya keputusan pilihan raya lalu dan suara pembangkang dalam parlimen yang menyuarakan supaya kerajaan mengurangkan beban tol di negara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut Khalid, penggunaan tol berkenaan seharusnya dilakukan secara adil untuk rakyat memandangkan beban kegawatan ekonomi yang ditanggung mereka.

“Walaupun bayaran tersebut akan diumumkan Selasa ini, kita mahu kadar baru yang ditetapkan nanti akan dikenakan seminimum mungkin supaya ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat selama ini,” ujarnya.

Beliau, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed bahawa Plus Expressways Berhad (Plus) yang dijangka akan menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya.

Tambah beliau, satu jawatankuasa yang dianggotai oleh Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu diwujudkan bagi mengkaji semula kadar tol di negara ini secara berkesan dan munasabah.

“Kita perlu berunding dan berbincang supaya dapat menilai semula kadar tol yang dikenakan kepada pengguna agar ia dapat dikurangkan secara munasabah dan berkesan,” katanya.

Bagaimanpun katanya, setakat ini pihaknya tidak menetapkan mana-mana tol yang perlu dikurangkan atau dihapuskan.

“Terlalu banyak tol yang terdapat di negara ini. Jadi, kita tidak spesifik tol mana yang perlu dikurangkan atau dihapuskan bayarannya.

“Tetapi kita minta agar kerajaan menimbangkan semula kadar tol agar ia dapat mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin berkata, sepatutnya kerajaan menghapuskan semua tol di negara ini kerana a merupakan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana jalan raya kepada rakyat.

“Seharusnya kemudahan tersebut tidak sepatutnya dikenakan sebarang bayaran kerana ia salah satu prasarana yang perlu disediakan oleh Kerajaan sendiri,” katanya.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan tindakan Plus yang akan menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya.

“Walaupun kadar bayarannya belum diketahui, namun Plus telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengurangkan beban rakyat.

Sepatutnya pemegang konsesi lain perlu mengikut cara yang dibuat oleh pihak berkenaan memandangkan sudah lama rakyat terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya ditanggung oleh mereka,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: