• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Menteri diminta perjelas konsesi lebuh raya

PUTRAJAYA, 18 Nov – Datuk Seri Najib Razak akan meminta Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed memberi penjelasan mengenai cadangan kerajaan tidak mengklasifikasikan perjanjian konsesi lebuh raya sebagai perkara sulit dan rahsia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet sudah beberapa kali mengadakan perbincangan mengenai kandungan perjanjian konsesi lebuh raya sebelum ini.

“Saya akan meminta Menteri Kerjaraya membuat kenyataan bagi memastikan perkara teknikal mengenai perkara itu,” katanya kepada media selepas majlis Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008, di sini semalam.

Ditanya sama ada mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu turut membincangkan kandungan perjanjian konsesi lebuh raya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia tidak dibincangkan.

“Memang Kabinet ada membincangkan perjanjian konsesi lebuh raya beberapa kali sebelum ini tetapi bukan dalam mesyuarat yang terbaru. Biarlah Menteri Kerjaraya yang membuat sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Najib mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber sebagai berkata, kerajaan tidak lagi mengklasifikasikan perjanjian konsesi lebuh raya sebagai dokumen sulit.

Ia bermaksud kandungan kontrak perjanjian yang sebelum ini dikatakan banyak memberi keuntungan kepada syarikat pemegang konsesi boleh didedahkan kepada umum.

Antara syarikat pemegang konsesi mengendalikan jajaran lebuh raya ialah Plus Expressway Bhd, Penang Bridge Sdn Bhd, Besraya (M) Sdn Bhd, Elite, Grand Saga Sdn Bhd, Kesas Sdn Bhd, Litrak, New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE), Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn Bhd dan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (Silk). -beritaharian, 18 Nov, m/s 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: