• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pakatan Rakyat setuju kekal dasar Perlembagaan

SHAH ALAM, 18 Nov – ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersetuju untuk mempertahankan dasar yang terkandung dalam Perlembagaan Negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, dasar tersebut yang merangkumi penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan telah termaktub dan tidak sama sekali boleh dirundingkan.

“Prinsip tersebut jelas dan telah pun ditandatangani oleh Lim Kit Siang (penasihat DAP), Hadi Awang (Presiden Pas) dan juga saya sendiri pada 8 September lalu,” kata Anwar semasa berucap di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Shah Alam semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selnagor TanSri Khalid Ibrahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.

Anwar berkata isu berhubung itu tidak perlu dirisaukan kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota PR.

“Kita boleh dengar kempen nak burukkan kita, oleh itu kita boleh edar surat muafakat yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin ini. Kita terikat dengan janji tersebut, jadi ia bukan soal politik parti, berbalah, fitnah dan sebagainya.

“Saya cadangkan Menteri Besar Selangor mengedarkan surat tersebut bagi tujuan mempertahankan jika ada orang meragui tentang perkara yang kita perjuangkan ini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, PR menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang diamalkan pihak-pihak tertentu.

Selain itu kata Anwar, PR faham orang Melayu dan Bumiputera adalah majoriti dan perjanjian sebelum kemerdekaan telah menyatakan kedudukan mereka sudah diterima.

“Oleh itu, program kerajaan PR perlu menjanakan ekonomi yang pantas iaitu dengan mengamalkan sikap lebih terbuka. Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab harus menjana pertumbuhan ekonomi yang pantas bagi menjana kewangan,” katanya.

Anwar juga mengutuk Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Kewangan yang tidak mengakui bahawa negara berada dalam keadaan kemelesetan ekonomi kesan daripada krisis ekonomi dunia yang berlaku kini.

“Kecuali di Malaysia sahaja kerajaan berkata ekonomi kita boleh dipertahankan, saya tidak tahu kalau kerajaan mempunyai rahsia yang saya tidak ketahui,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: