• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Peruntukan RM128.2 juta perkasa belia Felda: Najib

Pelbagai program untuk kemahiran diperkenal pada 2009

PUTRAJAYA, 18 Nov – Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan RM128.2 juta tahun depan bagi pelbagai program bertujuan memperkasakan belia Felda, termasuk melatih mereka membaiki pesawat terbesar di dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak RM35 juta adalah untuk latihan kemahiran kepada 5,000 belia Felda dalam pelbagai bidang, termasuk 300 yang bakal menjadi jurutera membaiki kapal terbang yang mungkin menyelenggara pesawat Airbus A380 di Pusat Latihan Kejuruteraan MAS (METC).

Beliau berkata, sebanyak RM17 juta diperuntukkan bagi membiayai belia Felda yang cemerlang dalam pendidikan meneruskan pengajian di universiti dalam dan luar negara.

Katanya, Felda juga memperuntukkan RM540,000 bagi menyediakan program membina jati diri generasi baru peneroka menerusi kursus imam muda, kem bina remaja, tilawah al-Quran dan sukan warga Felda.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai generasi belia Felda yang kreatif, inovasi dan mempunyai nilai keusahawanan serta membina individu yang memiliki nilai budaya dan jati diri yang positif bukannya generasi yang badan kurus kering kerana menagih dadah,” katanya berucap pada majlis Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008 di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malik dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Datuk Mohd Ramli Ismail.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Felda juga akan melaksanakan projek perumahan menerusi skim Perumahan Warga Felda dengan peruntukan RM65 juta di Felda Pasak, Johor, Felda Jengka 11 dan Felda Triang 3, Pahang, tahun depan.

Beliau berkata, RM10 juta pula diperuntukkan bagi melaksanakan Program Edible Garden Felda, bertujuan meningkatkan penggunaan tanah di sekitar rumah peneroka dengan menanam sayur-sayuran bagi menambah pendapatan dan menjimatkan perbelanjaan harian.

“Program yang akan dilaksanakan akhir tahun ini juga diharap boleh menjadi penyumbang kepada penghasilan tanaman sayur-sayuran untuk keperluan negara,” katanya. -bertitaharian, 18 Nov, m/s 4

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: