• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

BPR siasat Exco NS

Sogok Ketua Puteri Umno bahagian RM500

Seorang Ahli Exco Negeri Sembilan disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan menyogok Ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 pada pemilihan jawatan tertinggi bahagian itu, bulan lalu.

Ahli Exco itu juga dikatakan memaksa Ketua Puteri berkenaan menandatangani surat perakuan palsu yang mendakwa pencabarnya terbabit dalam politik wang.


Difahamkan, Ketua Puteri itu juga mengemukakan aduan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berhubung kes itu.

Sebelum ini, pada 2 September lalu, Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas dua tuduhan merasuah seorang ketua Umno cawangan sebagai dorongan supaya mencalonkannya sebagai ketua Umno bahagian itu.

Mohd Nor yang juga ahli perniagaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan beliau tidak layak bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu walaupun mendapat pencalonan mencukupi.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, mahu tindakan tegas diambil bagi memastikan Umno tidak berkubur akibat rasuah politik.

“Saya ada menerima aduan beberapa pengadu kecewa kerana laporan yang dibuat, terutama kepada BPR tidak diambil tindakan akibat sekatan dan arahan pihak tertentu,” katanya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek, pula mahu gejala itu dibanteras habis-habisan bagi mengelakkan ia menjadi barah hingga menghancurkan parti.

“Kita mahu pemimpin yang dipilih menerajui parti, bersih dan amanah supaya perjuangan kita tidak tersasar dan parti dihormati semua pihak,” katanya. – Berita Harian, 24 Nov

Satu Respons

  1. Salam buat semua………………

    Semoga Allah mencurahkan Rahmatnya buat kita semua terutama para pemimpin Islam kita yang kian Alpa.

    Apa nak jadi dengan kita semua….. tidakkah kita merasa gentar dan takut akan kemurkaan Allah S.A.W? Sudahlah patung sebesar-besar alam kita benarkan dibena di Bt.Caves (subhanallah janganlah kita dilaknat Allah), ini pula timbul kes terbaru permohonan Lina Joy (Azlina Johari) dan Dato’ Azhar Mansor yang membuat permohonan murtad telah diluluskan (menang dimahkamah). ‘Pertubuhan Melayu Kristian’ (IFC) telah diluluskan.
    Allah Huakbar, Allah Maha Besar.

    Betapa pemimpin kita telah semakin kalut dan menjadi takut lalu terlampau jahil untuk menilai, lantas mengambil sebarag tindakan dan hukuman setimpal keatas semua kekurangan dan kepincangan ini. Soalnya mengapa kita semua jadi begini? Tidak takutkah dengan hukuman dan balasan Allah keatas kita semua nanti lantaran kealpaan dan kelemahan kita sendiri?
    Subhanallah Allah Maha Besar lagi Kaya. Kenapa jadi begini wahai pemimpin ISLAM SEMUA?

    Kembalilah keazali kita…. bukalah mata, bukalah minda, dimana kewajipan kita sebagai penegak agama dibumi Allah ini? Janganlah kita terlampau leka dengan kekayaan, kemewahan, pangkat yang sementara, tetapi kewajipan besar kita terhadap Allah sebagai ‘Khalifah” penegak dan pejuang agama, kita sisihkan. Andai dilaknat dan dimurkai Allah kalianlah (pemimpin besar) yang akan disoal terlebih dahulu di ‘Padang Mahsyar’ kelak. Hebatkah kita menerima azab kubur? tertahankah kita berdiri kehausan dan kepanasan di Padang Mahsyar nanti? selesakah kita meniti 3 ribu tahun perjalanan Titian Siratulmustakim nanti? tertahankah kita menahan api nuraka jahannam sehingga jasad menjadi debu?

    Kembalilah wahai pemimpin ku. Masih belum terlambat untuk kita semua melihat dan memperbetulkan segala kemurkaan ini. Demi Allah……… andai kami yang disoal disana nanti, kalianlah yang bakal kami persalahkan, kerna ada apa pada kami? hanya manusia kecil cuma mampu bersuara tapi tidak mampu melaksana melainkan kalian pemimpin besar Jaksa segala. Kami tetap dibelakang kalian andai lurus jalan yang benar…. kami sisih kalian andai melencong laluan ‘Pemimpin Besar’. Kembalilah laksanakan mulai hari ini, jangan bertangguh dan jangan takut demi menegakkan agama Allah, ingat ‘Kunfayakun’……. kalau aku katakan jadi…jadilah ia. Nafas kita akan terhenti bila-bila masa. Demi kita dan generasi mendatang bantulah agama Allah ini…… Kewajiban kami telah kami laksanakan dan kami menuntut kewajiban kamu ‘Pemimpin Besar’. Kembalilah kita semua kejalan Allah…. marilah kita tegakkan kembali segala yang telah condong.

    Moga kita semua dirahmati dan dilindungi dari Kemurkaan Allah.

    “Astarfirullah hallazim, allazi laillahhaillah huwalhaiyulkaiyum muatubuilai”.

    http://www.myIslamnetwork.net
    BANTAHAN!!!!!! 1juta petisyen IFC akan dibubarkan.

    Sebarkan wahai hamba Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: