• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dr M diminta jangan dedah nama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menimbang semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama ahli Umno yang terbabit dengan politik wang kerana ia boleh memberikan implikasi besar kepada parti.

Malah, tindakan itu juga boleh menyebabkan ada pihak teraniaya berikutan tiada siasatan dijalankan berhubung senarai nama itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad khaled Nordin, berkata senarai nama itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima oleh Dr Mahathir dan tidak berdasarkan siasatan rapi bagi membuktikan kebenaran aduan berkenaan.


Katanya, senarai nama itu juga mungkin ada unsur sabotaj pihak tertentu yang boleh menganiayai pihak lain.

“Saya merayu dan berharap Tun (Dr Mahathir) faham situasi implikasi yang beliau akan lakukan, namun pada masa yang sama, tiada siapa yang boleh menahan Tun daripada melakukannya (mendedahkan senarai nama),” katanya.

Mohamed Khaled memberitahu pemberita demikian selepasa merasmikan Program Pelajar di Luar Universiti Johor anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kementerian Pengajian Tinggi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa mempunyai senarai nama ahli Umno yang terbabit dengan politik wang, termasuk calon bertanding jawatan pada pemilihan parti Mac depan.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi dan turut bertanding jawatan Naib Presiden, berkata pendedahan senarai nama itu tanpa siasatan lanjut terlebih dahulu mungkin akan menyebabkan orang ramai membuat persepsi sendiri. – Berita Harian, 24 Nov

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: