• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dakwaan makanan tidak sedap ceriakan Dewan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Dakwaan seorang Ahli Parlimen bahawa makanan di bandaraya Kula Lumpur ‘tidak sedap’ menceriakan suasana persidangan Dewan Rakyat yang agak muram petang ini.

Datuk Mohamad Abdul Aziz (BN-Sri Gading) menyuarakan rasa terkilan dan tidak puas hatinya dengan kualiti serta harga makanan di sekitar ibu kota yang disifatkannya tidak mengikut citarasa yang benar.


“Saya tengok orang KL ni minta maaf katalah… Batu besi pun balun.. Sebab itu, kadang-kadang peniaga (makanan) di KL ambil kesempatan atas tekak yang tak ada standart,” katanya ketika mencelah penggulungan Bajet 2009 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Mohamad berkata, selain rasa makanan yang tidak sedap, banyak juga terdapat restoran-restoran yang kotor selain tandas yang tidak dijaga dengan baik.

“Saya rasa orang DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) ini tidak peka, cuba pergi periksa… Malulah kita ada bandaraya tetapi penduduknya, peniaganya yang kotor, harga makanan mahal. Saya hendak minta DBKL supayalebih peka agar pelancong yang datang ke KL ini tidak tertipu dengan makanan yang disediakan,” katanya.

Dakwaan Mohamad itu mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Dr Lo’ Lo’ Mohammad Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang menyifatkan dakwaan itu satu penghinaan kepada masyarakat Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengemukakan cadangan supaya DBKL mencari satu jalan untuk menangani isu itu.

“Mungkin pegawai penguatkuasa yang membuat pemeriksaan kesihatan boleh mencari cara untuk periksa rasamakanan di sesuatu restoran,” katanya.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang menggulung perbahasan itu berkata, sukar untuk melaksanakan cadangan Mohamad untuk memantau rasa masakan di restoran yang banyak di sini.

“Yang Berhormat Sri Gading harus faham… Bukan anggota DBKL tidak ada kerja lain yang hendak dibuat,” katanya.

Beliau bagaimanapun berjanji untuk membawa isu, termasuk cadangan Wan Junaidi kepada pihak kementerian untuk diteliti. -Sinar Harian, 27 Nov.

Satu Respons

  1. kebersihan tu mmg satu hal… bab tak sedap pn mmg betul, susah ar nak cari kedai yang btul2 sedap kt kl ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: