• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pembangkang cadang usul bincang Ketua Hakim Negara beri rasuah

Hasrat Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bakal menjadi kenyataan.

Isu ini timbul apabila Ketua Hakim Negara pernah membuat kenyataan terbuka berkenaan beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah sewaktu beliau menjadi peguam.


Beliau yang juga Pengerusi DAP itu telah memfailkan usul berkenaan di bawah Peraturan Masyuarat 27 yang dibacakan bersama dengan Peraturan Mesyuarat 36(8) dan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ia disenaraikan dalam Aturan urusan Mesyuarat dan Usul-usul sebelum dibahaskan.

“Saya serahkan notis usul ini kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang telah usul ini kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang telah ditandatangani oleh 57 ahli Parlimen.

“Dibawah Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan, kami kemukakan usul terhadap Ketua Hakim Negara ini, mesti ditandatangani oleh satu perempat daripada ahli Dewan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Menurut beliau, syarat berkenaan telah dipenuhi kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen seramai 222 orang dan beliau sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 56 tandatangan ahli Dewan.

“Yang diperlukan ialah 56, tapi kami dapat 57 iaitu termasuk ahli Parlimen Bebas,” katanya lagi.

Karpal turut menggesa Perdana Menteri supaya mengguna pakai peruntukan Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan untuk merujuk Zaki kepada satu tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan fasal 4 untuk melucutkan jawatannya.

“Ianya atas alasan salah laku di mana beliau telah berbohong secara umum, beliau hendaklah digantung kerja sebagai Ketua Hakim Negara sementara menunggu suatu laporan daripada tribunal tersebut di bawah klausa 3,” katanya.

Karpal sebelum ini pernah mengemukakan usul yang sama sebanyak dua kali ke Dewan Rakyat bagaimanapun ianya telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ketiga iaitu usul yang dibawakan tidak perlu disegerakan. – Sinar Harian, 27 Nov.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: