• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Badan khas tingkat Kolej Komuniti

Program dimanfaat masyarakat

Pelantikan Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti akan dapat membantu Kolej Komuniti menjadi sebuah institusi pengajian berkualiti, mencakupi pelbagai bidang kemahiran dan kejuruteraan di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penubuhan Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti bertujuan menggalakkan hubungan serta kerjasama antara kolej komuniti dan masyarakat setempat dalam kawasan Parlimen berkenaan.


“Jawatankuasa ini bertindak sebagai satu badan yang berperanan sebagai ‘penghubung’ kerana program yang ditawarkan oleh kolej komuniti akan dimanfaatkan sepenuhnya masyarakat setempat dalam kawasan Parlimen terbabit.

“Selain itu, fungsinya sebagai pusat memberi nasihat mengenai dasar dan strategi pembangunan kolej komuniti serta memudahcara pemberian biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan hadiah daripada pihak swasta kepada pelajar yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Penasihat Kolej Komuniti Segamat, Segamat 2 dan Ledang Kementerian Pengajian Tinggi, di sini, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, kerjasama dalam jawatankuasa yang terdiri daripada wakil rakyat, pemimpin masyarakat, sekolah dan swasta akan membantu Kolej Komuniti memelihara hubungan dengan masya-rakat bagi menambah nilai kualiti pendidikan mereka.

Beliau berkata, jawatankuasa terbabit akan menyokong peranan kolej komuniti sebagai pusat untuk menjalankan tugas meningkatkan kemahiran dan kemudahan bagi ujian serta nasihat kepada pelajarnya dalam semua peringkat umur dan status pendidikan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. -Berita Harian

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: