• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

SPR tunggu notis Dewan Rakyat

Penentuan tarikh pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat minggu ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berikutan penyandangnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia, Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sehingga ini pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung perkara itu.

“SPR masih menunggu makluman rasmi dari Dewan Rakyat dan kita menjangka akan menerima notis berkenaan pada minggu ini, memandangkan Parlimen akan bersidang lagi mulai Isnin (hari ini) hingga Khamis.

“Lagipun, jenazah Allahyarham baru saja dikebumikan semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) pula Ahad iaitu hari cuti. Jadi, tentulah kita tidak menerima apa-apa notis mengenainya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Razali meninggal dunia Jumaat lalu selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Allahyarham menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan.

Jenazah Razali dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 628 undi.

Wan Ahmad berkata, SPR akan mengambil tindakan seterusnya termasuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil kawasan berkenaan sebaik saja menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu mengumumkan secara rasmi dalam Dewan bahawa berlaku kekosongan sebuah kerusi Parlimen dan turut memanjangkan perkara itu kepada SPR… baru kami boleh bertindak,” katanya. -Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: