• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Bincang warta fatwa haram rokok

Menteri minta pandangan pakar Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen

Kementerian Kesihatan akan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang arif mengenai agama Islam berhubung cadangan Ahli Parlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata perbincangan dengan pakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjut kenapa sehingga kini fatwa yang dibuat pada 1997 tidak diwartakan.


“Mengenai fatwa ini, kita akan bincangkan jika ia dapat memastikan jumlah perokok dapat dikurangkan,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Sebelum itu, Dr Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang bangun mencelah ketika sesi penggulungan itu ingin mengetahui mengapa fatwa berkenaan tidak diwarta dan adakah kerajaan bimbang langkah itu akan menyebabkan ramai perokok beragama Islam ditangkap.

Mujahid juga menyifatkan langkah kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 juta bagi ‘Kempen Tak Nak Merokok’ kurang berjaya kerana masih ramai yang tidak membuang tabiat buruk berkenaan.

Beliau juga mencadangkan supaya digunakan istilah najis rokok sama seperti ungkapan najis dadah yang diguna sekarang bagi mewujudkan budaya tidak sukakan bahan berkenaan.

Liow berkata, berdasarkan kepada perangkaan 2006, jumlah perokok berusia 18 tahun ke atas sudah berkurangan.

“Pada tahun berkenaan jumlah perokok sudah berkurangan dua peratus berbanding 2005 dan ini membuktikan ‘Kempen Tak Nak Merokok’ sebenarnya berjaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jumlah doktor di seluruh negara sekarang sebanyak 23,738 orang.

“Nisbah sekarang ialah seorang doktor bagi setiap 1,145 penduduk dan ia jauh ketinggalan berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang doktor bagi setiap 600 penduduk,” katanya.

Bagi menampung kekurangan itu, katanya, kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan jumlah doktor warga asing di negara ini daripada 490 orang kepada 1,000 orang.

“Bagi meningkatkan bilangan doktor pakar, kita membuat keputusan menambah pengambilan pelajar sarjana perubatan daripada 450 orang setahun kepada 600 orang,” katanya.

Sementara di luar Dewan Rakyat, Liow berkata, kementerian sudah mendapat kelulusan Kabinet untuk menambah bilangan doktor, termasuk doktor pakar dari luar negara untuk berkhidmat di hospital kerajaan yang sedang menghadapi kekurangan kakitangan yang amat kritikal. -Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: