• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Kajian tanah runtuh siap tiga bulan

Laporan lengkap mengenai runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Ulu Yam Perdana awal pagi kelmarin di jangka siap dalam tempoh tiga bulan, selepas siasatan forensik dijalankan.

Jurucakap Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika dihubungi Bernama semalam berkata, pihaknya sudah melawat tapak kejadian semalam untuk mendapat gambaran awal mengenai punca kejadian.


Beliau berkata, satu jawatankuasa yang diketuai cawangan kejuruteraan cerun juga telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu dan akan bermesyuarat hari ini.

“Jawatankuasa itu akan turut dianggotai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, JKR negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan Majlis Daerah Hulu Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kejadian itu bukan di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, sebaliknya di bawah bidangkuasa pemaju perumahan berkenaan iaitu Shah Alam Property dan JKR cuma diarah membuat siasatan dan menyediaan laporan.

Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, mati tertimbus ketika sedang tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di atas bukit.

Ketika kejadian, ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, bersama suaminya, Roslan Mohd Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, Norma Afiq, 3, tidur di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri melalui bumbung rumah.

Sementara itu, Arkitek Majlis Daerah Hulu Selangor, Abd Wahab Abd Hamid berkata, infrastruktur keseluruhan di kawasan perumahan itu belum diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau bagaimanapun berkata, projek perumahan itu diluluskan untuk mendapat sijil layak menduduki (CF) pada 2001, manakala CF diserahkan pada 2003.

Menurutnya, jawatankuasa bencana di peringkat daerah yang diwujudkan bagi menyiasat kejadian itu turut bermesyuarat semalam. – Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: