• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

PKR alu-alukan pendirian PPP

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan pendirian Parti Progresif Penduduk (PPP) apabila memilih keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Batu memerangkap Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, pengumuman tersebut tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum dan parti tersebut akan kelihatan menghalalkan penahanan ISA dalam tempoh masa tersebut jika tidak keluar dari BN sekarang.


“Parti kompenan dalam BN sentiasa menyuarakan mereka tidak setuju tetapi tidak berani menentang dan inilah sikap mereka sejak dahulu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Preseden PPP, Datuk M Kayveas dilaporkan berkata, pendirian tersebut diambil setelah bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda mengemukakan permintaan bagi memansuhkan ISA.

Kini, menurut Gerakan Mansuhkan ISA, seramai 64 orang masih di bawah tahanan ISA, malah kerajaan BN tetap menggunakan ISA untuk menahan rakyat baru-baru ini.

Menurut Tuan Chua lagi, bantahan PPP terhadap akta kejam tersebut tidak cukup tegas apabila Kayveas hanya ingin akta tersebut dipinda, bukannya dimansuhkan, supaya “ia tidak menjadi undang-undang kejam ke atas warga negara yang tidak bersalah”.

“Pengumuman Presiden PPP tersebut jelas bukan berdasarkan prinsip keadilan soaial, tetapi kepentingan politik parti yang tidak membawa apa-apa perubahan ke atas ruang demokrasi negara. – Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: