• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

PPSMI diteruskan sesi tahun depan

Peperiksaan dua mata pelajaran kekal dua bahasa

Pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan pada sesi persekolahan tahun depan, termasuk membabitkan murid Tahun Satu.

Selain itu, peperiksaan kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan turut dijadualkan masih dalam dua bahasa seperti pelaksanaan sedia ada.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata perubahan berhubung perkara itu tertakluk kepada pengumuman Menteri Pelajaran kelak.

“Buat masa ini, status quo semua pelaksanaan berkaitan dasar PPSMI kekal. Bekalan buku teks untuk kegunaan sesi persekolahan tahun depan juga sudah disediakan, malah sebilangan sekolah mengagihkannya kepada pelajar sebelum cuti akhir tahun.

“Justeru, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai perkara ini kerana kementerian akan memaklumkan jika ada perubahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas persoalan dan kebimbangan sebilangan ibu bapa mengenai kedudukan pelaksanaan PPSMI pada sesi persekolahan tahun depan, antara lain bertujuan untuk memastikan persediaan anak mereka menghadapi peperiksaan UPSR 2009.

Calon UPSR tahun ini adalah kumpulan murid pertama memperoleh pendedahan pusingan lengkap pelaksanaan PPSMI dari Tahun Satu mulai 2003 sehingga Tahun Enam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebagai berkata keputusan UPSR 2008 membuktikan pelaksanaan PPSMI tidak menjejaskan prestasi murid.

Namun, beliau berkata, penentuan sama ada PPSMI akan terus dilaksanakan bukan semata-mata bergantung kepada keputusan peperiksaan itu kerana ia memerlukan perbincangan dan kajian menyeluruh, di samping mendapat kelulusan Kabinet.

Alimuddin berkata, persidangan meja bulat PPSMI yang terakhir akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 16 Disember ini. – Berita Harian

Satu Respons

  1. Majlis Ilmu Di Masjid Baitul Aman

    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 20 Dec 2008 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 21 Dec 2008 mulai Solat Maghribhuraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: