• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

2,681 dikenakan perintah sekatan

SERAMAI 2,681 individu dikenakan Perintah Sekatan mengikut Undang-Undang Pencegahan sehingga 25 November lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya, seramai 495 orang disekat mengikut Akta Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, 159 di bawah Akta Kediaman Terhad 1933 dan 452 orang di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.


“Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pula seramai 33 orang, manakala mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah Pencegahan) 1885 pula seramai 1,542 orang.

“Bagaimanapun, perintah sekatan ini bertujuan menyekat dan mengawal selia setiap pergerakan seseorang di kawasan terhad dan ia adalah satu kaedah pemulihan dan bukannya hukuman,” katanya.

Syed Hamid berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin tahu keberkesanan Perintah Sekatan itu dan bantuan kepada ahli keluarga serta jumlah individu yang masih dikenakan perintah berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Fong, Syed Hamid berkata walaupun dikenakan perintah sekatan, individu berkenaan masih dibenarkan bekerja di dalam kawasan sekatan dan membawa bersama keluarga tinggal di kawasan itu.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jamaludin Jarjis (BN-Rompin) mengenai keberkesanan perintah sekatan itu, Syed Hamid berkata, ada kewajaran untuk kerajaan mengkaji semula perintah itu. -Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: