• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dewan Negara: 2 Senator dilantik semula

Dua senator yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak yang juga seorang peguam, Datuk Idris Buang dan Exco Wanita Umno Wan Hazani Wan Mohd Nor.


Ketika mengalu-alukan pelantikan semula dua senator itu, Abdul Hamid berharap mereka dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan jujur dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negara.

Wan Hazani, 57, adalah juga Ketua Wanita Umno Kelantan.

Idris, 54, pula adalah seorang peguam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Buckingham, England. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: