• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Dewan Rakyat: Perbahasan Rang Undang-undang DNA Ditunda

Perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang kini di peringkat jawatankuasa, ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pembentangan beberapa rang undang-undang baru dan penting termasuk Rang Undang-Undang Penubuhan Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan Khas 2007 segera dibincangkan.


“Memandangkan rang undang-undang itu hendak segera dibincangkan, saya bersetuju untuk menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang DNA yang kini di peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga pada mesyuarat akan datang,” katanya.

Penangguhan itu juga dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk menimbang semula pandangan-pandangan yang diberi dalam perbahasan yang lepas, kata Syed Hamid kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu Syed Hamid memaklumkan kepada persidangan Dewan Rakyat persetujuan kementerian itu untuk menangguhkan rang undang-undang itu bagi memberi laluan kepada rang undang-undang yang lebih penting dibentangkan.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang DNA 2008 dijadualkan sebagai perkara nombor dua untuk dibincangkan selepas perbahasan dan penggulungan Bajet 2009 yang selesai Khamis ini.

Dalam isu lain, Syed Hamid berkata tindakan bersifat mencegah dan peningkatan pengawasan terhadap situasi dalam negara, termasuk pewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membantu Malaysia dalam mengatasi kewujudan golongan pelampau dan ekstremis yang boleh menjejaskan keselamatan masyarakat awam di negara ini.

“Kita juga mendapat maklumat risik dan bertukar-tukar maklumat dengan agensi risik baik di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa. Kita juga bernasib baik kerana adanya ISA di mana kita dapat pastikan golongan pelampau dan ekstremis yang boleh menjejaskan keselamatan dalam negara tidak berlaku, begitu juga aktiviti militan dan pengganas tidak ada di negara kita,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan pengawasan bagi menentukan aktiviti-aktiviti ekstremis seperti yang berlaku di beberapa negara luar tidak merebak ke negara ini. -Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: