• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Pakatan Rakyat gesa Mukhriz minta maaf

Pakatan Rakyat (PR) menggesa agar calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menarik balik kenyataannya kelmarin berhubung cadangan agar mewujudkan hanya satu sistem pendidikan bagi menyatupadukan rakyat.

Setiausaha Agung, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata, Mukhriz harus menarik balik kenyataannya yang bersifat hasutan dan seharusnya tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai modal politik untuk memancing undi untuk memancing undi untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO.


“Jika beliau tidak menarik balik kenyataannya, kami menyeru agar kerajaan pusat memandangkan serius isu ini dan mengenakan tindakan undang-undang sewajarnya sebagaimana tindakan yang pernah dikenakan kepada Bekas Ahli Parlimen di Sabah, Mark Koding pada tahun 1980-an.

“Kami masih ingat di mana pada waktu itu Persidangan Dewan Rakyat, Mark Koding juga telah menimbulkan cadangan dan saranan sedemikian iaitu sekolah cina dan tamil ditutup. Beliau didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

“Di dalam Dewan Rakyat pun tidak ada kekebalan untuk isu-isu tersebut, apatah lagi yang dibuat oleh
Mukhriz di luar Dewan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, semalam.

“Jaminan ini telah pun dikemukakan dan dimasukkan juga di bawah Akta Pelajaran Malaysia. PR juga tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan ia berlawanan dengan semangat nasional, Perlembagaan Malaysia dan Akta Pelajaran Malaysia,” jelasnya.

Turut sama dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad, Timbalan Presiden PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa dan beberapa Ahli Parlimen PR.

Dalam pada itu, Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau turut berpendirian sama dengan PR sebaliknya beliau berpendapat dengan menutup sekolah cina dan tamil masalah akan selesai sebaliknya memperbaiki lagi keupayaan pendididkan semua kaum.

“Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, Sekolah Agama Rakyat dalam usaha supaya peluang-peluang pendidikan dapat dilakukan oleh rakyat melalui pilihan terbuka untuk menghantar anak-anak bersekolah.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan semua sekolah tersebut mendapat sokongan agar rakyat memperoleh pendidikan yang sewajarnya,” katanya.

Selain itu, menurut Nasharudin, PAS berpendapat sama memandangkan cadangan tersebut melibatkan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan.

“PAS sependapat dengan PR memandangakan aspek Perlembagaan adalah sesuatu yang harus dipertahankan selain aspek hak sesuatu bangsa untuk mendidik anak bangsanya dengan bahasa ibundanya sendiri,” jelasnya.

Dalam sidang media yang berlainan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan tersebut keterlaluan bertujuan untuk memancing undi bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang akan ditandingi pada Mac depan.

“Saya hormati pandangan beliau kata nak minta pertimbangan supaya semua pelajar belajar di bawah satu bumbung tetapi kalau kata nak batalkan, haramkan, nafikan, ini pandangan bahaya yang bukan hanya menyinggung perasaan kaum-kaum yang terbabait tapi menafikan konsep perlembagaan dan Akta Pelajaran yang telah diterima pakai untuk sekolah-sekolah.

“Kalau pandangan sahaja tidak megapa tapi ini beliau kata batal, sangkal, tutup. Tapi ini UMNO, hendak buat macam mana, itu budaya mereka. Tiada sesuatu pandangan yang sederhana,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: