• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Parlimen Hantar Notis Kekosongan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu Kepada SPR

Parlimen sudah menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kembalinya ke rahmatullah penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang memaklumkan bahawa notis itu dihantar selepas Dewan Rakyat menerima dokumen rasmi berhubung kematian Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.


“Selepas menerima notis daripada Parlimen, SPR mempunyai masa 60 hari mulai hari ini untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut,” jelasnya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Razali mati secara mengejut Jumaat lepas akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, Razali mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2004 selepas menewaskan calon PAS Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Ia merupakan pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas, Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

Di PUTRAJAYA, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi Bernama, berkata SPR akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata mesyuarat akan bermula pukul 9.30 pagi dan pengumuman mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan itu dijangka diumumkan kira-kira pukul 11.30 pagi pada hari yang sama.

“Saya sudah menerima surat yang memaklumkan kekosongan kerusi kawasan itu daripada Speaker Dewan Rakyat tengah hari tadi. Susulan itu SPR menetapkan Jumaat ini untuk bermesyuarat,” katanya yang turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan perkara itu.

Mengenai situasi banjir di Terengganu, Wan Ahmad berkata ia mungkin tidak akan menimbulkan masalah memandangkan tempoh sah untuk mengadakan pilihan raya ialah 60 hari dari tarikh kekosongan.

“Jadi masih ada tempoh yang mencukupi untuk banjir di negeri itu pulih,” katanya.-Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: