• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Usul tergempar tanah runtuh Bukit Antarabangsa dibahas Dewan Rakyat

Usul tergempar mengenai tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan aspek pembangunan di lereng bukit akan dibahaskan di Dewan Rakyat jam 4.30 petang ini.

Usul yang dikemukakan oleh Mohd. Azmin Ali (KeADILan-Gombak) itu diluluskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini setelah mendapati usul tersebut adalah tertentu, berkepentingan awam dan perlu disegerakan.


Dengan itu, Dewan Rakyat memperuntukkan perbahasan selama satu jam dengan memberikan tempoh 30 minit bagi pencadang mengemukakan pandangan sebelum dijawab oleh pihak kerajaan.

Sementara itu, Azmin sewaktu mengemukakan usulnya terlebih dahulu merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa.

Jelas Azmin, tragedi yang meragut nyawa serta memusnahkan rumah kediaman serta merosakkan harta benda awam semakin kerap berlaku ekoran kerakusan pemaju dan kelonggaran undang-undang.

Justeru katanya, satu akta yang tegas perlu digubal untuk pembangunan di cerun dan lereng bukit yang berisiko tinggi demi menjamin keselamatan penghuni dan penduduk di sekitar kawasan pembangunan.

Azmin yang memfailkan usul itu pagi semalam menyatakan sistem pemantauan yang lebih berkesan dikuatkuasakan untuk mengelak berulangnya kejadian tanh runtuh.

Dalam usulnnya juga Azmin berkata, kerajaan perlu mengambil pandangan pakar-pakar secara serius untuk menyelenggara cerun-cerun tanah.

Beliau juga menyambut baik baik kenyataan Perdana Menteri dan ketegasan Menteri Besar Selangor untuk tidak meluluskan pembangunan di cerun lereng bukit, tapi kenyataan itu sudah biasa didengar Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata kejadian yang menunjukkan sikap tamak dan rakus manusia terbukti dalam tragedi terbaru Sabtu lalu.

Katanya lagi, kerajaan negeri Selangor yang terdahulu perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: