• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Enam Tahanan ISA Dibebaskan

Enam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI), dibebaskan baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Beliau berkata mereka dibebaskan kerana didapati tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Katanya, lima orang dibebaskan 4 Dis lepas iaitu dua warga Thailand yang merupakan anggota kumpulan pemisah dan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang anggota JI.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yazid Sufaat yang juga kumpulan JI dibebaskan bulan lepas, kata Syed Hamid.

“Kerajaan bersikap, kalau tahanan tidak menjadi ancaman kepada masyarakat, dia akan dibebaskan selepas dipulihkan dan seterusnya boleh dikembalikan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Syed Hamid berkata sejak mula memegang jawatan di kementeriannya, terdapat 75 orang tahanan ISA dan sehingga kini jumlah itu sudah menurun kepada 46 orang.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 16 adalah dari kumpulan militan JI, 13 orang dari kumpulan Darul Islam, 10 orang kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen kad pengenalan dan pasport, lima anggota kumpulan diharamkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan dua individu yang bekerja dengan agensi perisikan asing.

Berhubung kejadian tanah runtuh melibatkan penduduk Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa di sini Sabtu lepas, Syed Hamid berkata beliau akan mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membantu mangsa yang kehilangan atau kerosakan kad pengenalan.

Katanya, jika perlu JPN akan membuka kaunter khas berdekatan tempat kejadian bagi memudahkan mangsa memperbaharui dokumen mereka. -Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: