• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Kementerian cadang pembeli upah peguam sendiri

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan supaya semua pihak khasnya pembeli rumah mengupah peguam sendiri bagi memastikan perjanjian jual beli mengikut format yang telah ditetapkan.

Menururt Timbalan Menterinya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, tidak dinafikan sesetengah pembeli tidak faham bahasa yang digunakan dalam perjanjian.

Sesetenagh pembeli tidak faham bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang digunakan dalam perjanjian sepenuhnya.

“Jadi, mereka perlu meminta peguam mereka menjelaskan apa itu peruntukan-peruntukan dalam fasa perjanjian itu,” katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan daripada Dr. Siti Matiah Mahmud (PAS-Kota Raja) mengenai cadangan kerajaan melindungi pembeli yang menjadi mangsa perjanjian yang tidak difahami.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan lisan daripada Dr Siti Mariah, Robert berkata, KPKT tidak bercadang mewujudkan dokumen prototaip untuk perjanjian jualan dan belian.

Menurutnya, ini selaras dengan Peraturan 11 (1) Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 (Pindaan 2007) bahawa semua kontrak jualan atau belian bagi sesuatu rumah tempat tinggal adalah diwajibkan mengguna pakai bentuk kontrak yang telah ditetapkan.

“Antara kontrak tersebut ialah Jadual G bagi sesuatu tempat tinggal bersama dengan bahagian tanah yang telah dipecahbahagi yang bersangkutan dengannya, Jadual H bagi sesuatu tempat tinggal di dalam sesebuah bangunan yang dipecahbahagi.

“Jadual I bagi bina kemudian jual bagi sesuatu rumah tempat tinggal bersama dengan bahagian tanah yang dipecahbahagi yang bersangkutan dengannya dan Jadual J bagi bina kemudian jual bagi bina kemudian jual bagi rumah tempat tinggal di dalam sesebuah bangunan yang dipecahbahagi,” katanya. – Sinar Harian

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: