• KENYATAAN QARADHAWI

    "Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010 - Kenyataan Qaradhawi

Mahfuz sangkal Pak Lah

PAS mengangap kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada mensyuarat tertinggi BN kelmarin berkenaan ugutan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) sebagai ‘angkuh’.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar menganggap kenyataan itu menunjukkan bahawa UMNO langsung tidak dapat menerima pandangan berbeza daripada parti-parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, disebabkan PPP mahukan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang, pucuk pimpinan BN telah mengeluarkan kenyataan yang tidak sama sekali menyuruh PPP menarik balik kenyataan mereka.

“Sepatutnya mereka bawa berbincang, ini tidak, cakap terus hendak keluar, ini merupakan kenyataan yang angkuh.

“Ini menunjukkan juga pandangan untuk memansuhkan ISA langsung tidak diterima oleh UMNO-BN, mereka tidak hendak PPP lagi,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, kepimpinan BN seharusnya mendengar pandangan dan pendapat daripada kesemua parti komponen malah daripada pembangkang sendiri secara terbuka berkenaan sesetengah isu berbangkit.

Apabila ditanya adakah Pakatan Rakyat (PR) menerima PPP sekiranya bertindak keluar dari BN, Mahfuz menjawab ia terpulang kepada parti tersebut untuk membuat keputusan.

“Kita menerima mereka dengan hati terbuka, sudah pasti DAP dan PKR juga tidak ada masalah menerima mereka,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan PPP harus menerima cabaran ini dengan memikirkan tindakan sewajarnya sama ada meneruskan perjuangan mereka dalam BN ataupun memulakan perjuangan baru dalam PR.

“PPP harus terima cabaran, jangan sesekali tunduk dengan kehendak UMNO-BN,” katanya. – Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: